Master In Renewable Energy@UPMS | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» ACADEMIC » Postgraduate Studies » Master In Renewable Energy@UPMS

Master In Renewable Energy@UPMS

Terokai Masa Depan Bersama Program Sarjana Tenaga Boleh Diperbaharui (MRE) UPMKB!

🌟 Program ini akan ditawarkan pada Semester 2025/2026.

Adakah anda berminat untuk menjadi peneraju dalam bidang tenaga boleh diperbaharui? Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) dengan bangganya memperkenalkan Program Sarjana Tenaga Boleh Diperbaharui (MRE) yang ditawarkan oleh Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan & Sains (FKPS), Jabatan Sains dan Teknologi (JSTEK), UPMKB.

📚 Kenapa Pilih MRE?
✅ Kurikulum fleksibel dengan kelas blended learning (dalam talian dan bersemuka) yang sesuai untuk profesional sibuk.
✅ 42 kredit yang merangkumi kursus wajib, elektif, dan disertasi untuk penguasaan penuh bidang ini.
✅ Topik menarik seperti Teknologi Dron, Kejuruteraan Hijau, Tenaga Angin, dan banyak lagi!

Untuk melihat Brosur Program, sila klik >>> DISINI

🌟 Jadi Pemimpin Dalam Kelestarian!
Program ini direka untuk melahirkan pakar tenaga boleh diperbaharui yang mampu menangani cabaran global, memimpin inovasi, dan menyumbang kepada pembangunan mampan di Sarawak dan seluruh dunia.

📩 Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Dr. Omar Faruqi Marzuki, Penyelaras Program
📧 omar_faruqi@upm.edu.my

 

Updated:: 30/06/2025 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/4:17:03:37~noCache