IRANDAU 2025: MENYATUKAN TRADISI, TEKNOLOGI DAN MASA DEPAN SARAWAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» ARTICLE » IRANDAU 2025: MENYATUKAN TRADISI, TEKNOLOGI DAN MASA DEPAN SARAWAK

IRANDAU 2025: MENYATUKAN TRADISI, TEKNOLOGI DAN MASA DEPAN SARAWAK

BINTULU, 1 Oktober 2025 – Program iRandau 2025: International Symposium of Social Sciences, Management, Science & Technology anjuran Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) berlangsung penuh bermakna di Dewan Uma Kulit, BRS Sg. Asap, Belaga, apabila YB Kennedy Chukpai Ugon berpeluang menyampaikan ucapan dasar bertajuk “Bridging Gaps, Fostering Sustainability: The Future of DUN Murum”.
 
Turut hadir memeriahkan majlis ialah tokoh akademik terkemuka negara, YBhg. Datuk Prof. Dr. Jayum Anak Jawan, Felo Kursi Institut Raja-Raja Melayu UiTM merangkap Felo Akademi Sains Malaysia dan Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara; En. Sylvester George mewakili Pegawai Daerah Belaga; Dr. Mohamed Maliki Bin Mohamed Rapiee, Pengarah Pusat Belia dan Antarabangsa; Dr. Shairil Izwan, Timbalan Dekan Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains UPMS; Dr. Nurul Hidayu Bt. Mat Jusoh, Pengerusi iRandau 2025; serta pemimpin masyarakat tempatan termasuk Pemanca Tony Kulleh, Pemanca Umek Jeno, Penghulu Robert Injin, Kr. Lawing Luat dan Kr. Mathew Ngo bersama Ketua-Ketua Kaum dan komuniti BRS Sg. Asap.
 
Dalam ucapannya, YB Kennedy menekankan kepentingan merapatkan jurang antara tradisi dan kemodenan, komuniti setempat dan dunia global, serta masa kini dan masa depan. Beliau menyeru agar kebijaksanaan nenek moyang terus dihormati, sambil teknologi moden dimanfaatkan bagi membuka peluang baharu untuk masyarakat setempat, dengan keputusan yang dibuat hari ini mampu menjamin kesejahteraan generasi akan datang.
 
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada UPMS kerana menjadi pemangkin penting dalam menjalin kolaborasi antara institusi pengajian tinggi dan komuniti akar umbi, seiring dengan aspirasi Post COVID-19 Development Strategy (PCDS) 2030 Sarawak yang berteraskan kemajuan, kemakmuran, keterangkuman dan kelestarian.
 
“iRandau 2025 bukan sekadar platform akademik, tetapi jambatan untuk memperkukuh hubungan komuniti dengan dunia global, serta wadah untuk membina Sarawak yang lebih maju dan makmur,” ujar beliau.
 

Date of Input: 08/10/2025 | Updated: 08/10/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W, (05:27:00pm-05:32:00pm, 13 Oct 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]