SEKOLAH VETERINAR UPM SARAWAK BAKAL LAHIRKAN LEBIH RAMAI PAKAR TEMPATAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» ARTICLE » SEKOLAH VETERINAR UPM SARAWAK BAKAL LAHIRKAN LEBIH RAMAI PAKAR TEMPATAN

SEKOLAH VETERINAR UPM SARAWAK BAKAL LAHIRKAN LEBIH RAMAI PAKAR TEMPATAN

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Pengisytiharan Universiti Putra Malaysia (UPM) Sarawak di Istana Alam Shah di sini hari ini. Foto Farhan Danial (TVS)

KLANG, 30 Jun: Kerajaan Sarawak mengumumkan penubuhan Sekolah Veterinar dan Sains Haiwan (SVAS) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) Sarawak bagi menyokong aspirasi keterjaminan makanan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata penubuhan SVAS menjadi model pertama kerjasama antara Kerajaan Sarawak dan universiti awam (UA) dalam melahirkan pakar veterinar.

“Untuk itu, Kerajaan Sarawak akan menyalurkan dana berpanjangan bagi memastikan kemampanan SVAS,” katanya pada Majlis Pengisytiharan Universiti Putra Malaysia (UPM) Sarawak di Istana Alam Shah di sini hari ini.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, sebagai Tuanku Canselor UPM berkenan merasmikan pengisytiharan tersebut.

Turut hadir Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, serta Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, juga hadir.

Jelas Abang Johari, inisiatif itu selaras dengan komitmen Sarawak dalam memajukan bidang pendidikan tinggi dan penyelidikan strategik yang seiring dengan keperluan serta aspirasi pembangunan lestari Bumi Kenyalang.

Kata beliau, penubuhan sekolah veterinar itu kelak akan membuka lebih banyak peluang untuk anak-anak Sarawak melanjutkan pengajian dalam bidang tersebut.

“Ia sekali gus memperkukuh kelestarian industri ternakan serta peningkatan tahap kesihatan haiwan di Sarawak,” ujarnya. – TVS

Date of Input: 03/07/2025 | Updated: 03/07/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/4:14:42:32~noCache