PROGRAM PEMANTAPAN KEMAHIRAN BAHASA INGGERIS PELAJAR SISWAZAH FKPS-UPMS | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » PROGRAM PEMANTAPAN KEMAHIRAN BAHASA INGGERIS PELAJAR SISWAZAH FKPS-UPMS

PROGRAM PEMANTAPAN KEMAHIRAN BAHASA INGGERIS PELAJAR SISWAZAH FKPS-UPMS

Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains (FKPS), Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) telah melaksanakan Program Pemantapan Kemahiran Bahasa Inggeris sebagai inisiatif strategik bagi memperkukuh kecekapan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar siswazah. Langkah ini sejajar dengan usaha universiti untuk melahirkan graduan berdaya saing global yang berkemahiran tinggi dalam komunikasi akademik dan profesional.
 
Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran penulisan akademik, komunikasi profesional, serta keyakinan diri pelajar dalam menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium utama penulisan tesis, penerbitan ilmiah dan pembentangan hasil penyelidikan.
 
Kursus ini dikendalikan oleh Tuan Haji Fakhzan Bin Haji Buang, seorang tenaga pengajar berpengalaman dalam bidang bahasa Inggeris akademik, dan merangkumi lapan (sesi kuliah yang dijalankan sepanjang bulan September. Modul kursus memberi penekanan kepada penulisan akademik yang berkesan, kemahiran pembentangan lisan, penyediaan laporan penyelidikan, serta komunikasi dalam konteks antarabangsa.
 
Pelaksanaan program ini bukan sahaja memperkukuh keupayaan pelajar dalam mengaplikasikan bahasa Inggeris secara profesional, malah turut mempertingkat kemahiran insaniah yang penting bagi kecemerlangan akademik dan kerjaya masa hadapan.
 
Secara keseluruhannya, program ini diharapkan dapat memperkukuh daya saing pelajar siswazah FKPS di peringkat global serta menyumbang kepada peningkatan mutu penyelidikan dan reputasi akademik UPMS.
 
 
 
 

 

Date of Input: 14/10/2025 | Updated: 14/10/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W, (12:34:03am-12:39:03am, 15 Oct 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]