PELAWAAN PENAJAAN BIASISWA KURSI TOK NAN TAHUN 2025
Sukacita dimaklumkan permohonanan penajaan Biasiswa Kursi Tok Nan dibuka semula kepada calon-calon yang layak dan berpotensi.
Pelawaan ini dibuka kepada pelajar Anak Jati Sarawak yang mengambil jurusan berikut sahaja :

Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan (Kepujian)
Penajaan biasiswa ini merupakan salah satu inisiatif penubuhan Kursi Tok Nan antara UPM Kampus Bintulu dan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak dalam usaha untuk membantu dana pengajian anak tempatan dalam bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Tempoh Permohonan:
29 Mei 2025 sehingga 11 Jun 2025
Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada pihak kami di talian +6086 – 855613 atau melalui emel
haziqah.hasan@upm.edu.my.
Updated:: 29/05/2025 [lanz]
MEDIA SHARING