KEJOHANAN BOLA BALING TERBUKA UPMKB 2024 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» KEJOHANAN BOLA BALING TERBUKA UPMKB 2024

KEJOHANAN BOLA BALING TERBUKA UPMKB 2024

BINTULU 2 dan 3 November 2024, – Sukan bola baling ini semakin mendapat tempat di hati kalangan belia dan ini terbukti dengan sambutan meriah daripada para pelajar dan pengunjung luar yang berkunjung ke Kejohanan Bola Baling Terbuka UPMKB 2024 yang dianjurkan oleh pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit QKS2103 Bola Baling, Semester Pertama Sesi Akademik 2024/2025, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) dengan Kerjasama Perbadanan Sukan Sarawak (SSC).
 
Kejohanan yang berlangsung pada hari tersebut telah disempurnakan oleh Puan Jolene Leong iaitu Pegawai Menguasa Bahagian Majlis Sukan Negeri Sarawak Cawangan Bintulu. Dalam kejohanan tersebut,pasukan yang menjadi johan bagi kategori lelaki ialah Langtuak manakala pasukan yang menjadi johan bagi kategori perempuan pula ialah Fort. Selain itu,terdapat juga kategori pemain terbaik dan pemain terbaik bagi kategori lelaki ialah Sylvester Sawing daripada pasukan Langtuak manakala pemain terbaik bagi kategori perempuan pula ialah Agnes Unyang dari pasukan Fort.
 
Kategori pemain terbaik itu dinilai berdasarkan prestasi yang cemerlang sepanjang perlawanan. Jolene mengatakan bahawa beliau berterima kasih kepada pihak UPMKB kerana telah menganjurkan kejohanan bola baling ini dan beliau berharap agar dapat mengalakkan lagi penyertaan masyarakat di dalam sukan bola baling ini.
 
“Pasukan yang telah menyertai kejohanan kali ini telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, berusaha bersungguh-sungguh dan memberi kebanggaan kepada nama pasukan masing-masing. Semangat kesukanan seperti ini patut menjadi contoh kepada semua masyarakat.” katanya.
 
Selain mendapat sokongan daripada ahli pasukan, para ibu bapa kepada pasukan yang bertanding yang turut hadir untuk memberi sokongan kepada pasukan - pasukan yang bertanding.
 
Kali terakhir Kejohanan Bola Baling Terbuka UPMKB diadakan adalah pada tahun 2019 sebelum Covid-19 melanda negara. Penganjuran kali ini telah menghidupkan semula sukan bola baling di Bintulu khususnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Updated:: 19/11/2024 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/5:1:25:16~noCache