KURSUS PRINSIP PEMBUATAN MAKANAN RUMUSAN IKAN
Apa yang menarik berkaitan dengan topik kali ini adalah para peserta akan diberi penerangan serta perkongsian ilmu mengenai penghasilan makanan ternakan merangkumi pelbagai kategori makanan mengikut amalan akuakultur baik. Makanan rumusan yang dibuat/dihasilkan adalah bertujuan untuk membekal nutrient yang optimum kepada ikan dan dalam masa yang sama dapat membantu mengurangkan kos penghasilan makanan ikan. Ianya secara langsung akan mempercepatkan pertumbuhan ikan pada tahap yang maksima berbanding dengan habitat asal ikan tersebut. Selain daripada itu turut didedahkan juga kepentingan nutrient (Protein, Lipid, Karbohidrat, mineral, vitamin, tenaga) serta kaedah perumusan makanan ikan.
Tarikh:
25 - 26 Oktober 2025 (2 hari, Sabtu & Ahad)
Masa:
8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat:
Pusat Pertanian Putra, UPM Sarawak (Bintulu)
Penceramah:
Dr. Kamil Latif
Yuran Penyertaan:
RM360.00 (Peserta luar)
RM300.00 (Staf, Ahli keluarga Staf* dan Pelajar UPM)
Justeru, orang ramai diseru supaya tidak melepaskan peluang keemasan ini memandangkan yuran kemasukan kursus adalah amat berpatutan. Yuran tersebut meliputi kos makanan dan minuman, sijil penyertaan dan nota kursus
Tarikh Tutup:
26 September 2025 (Jumaat)
Link pendaftaran:
https://forms.gle/HDN2xsbhaYukNCW56Pertanyaan Pegawai Seranta:Ts. Dr. Carlina Freddie Simol @ Rachellynna - 019-8340886
Cik Josephine Jawai Makos - 013-7073252
En. Ayum Balai - 019-8551378
Nota:1. Penganjuran kursus akan dibatalkan sekiranya tidak mencapai bilangan minimum penyertaan (20 orang) pada tarikh tutup
26 September 2025 (Jumaat). Yuran penyertaan yang telah dibayar akan dipulangkan sepenuhnya.
2. Yuran penyertaan tidak akan dipulangkan sekiranya kursus diteruskan tetapi peserta menarik diri selepas tarikh tutup
26 September 2025(Jumaat).
3. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian peserta yang berpunca daripada tempahan tiket penerbangan dan penginapan untuk mengikuti kursus ini.
Anjuran:
Pusat Pertanian Putra (PPP)
Universiti Putra Malaysia Sarawak
Updated:: 02/09/2025 [lanz]
MEDIA SHARING