BENGKEL MEGA PENAMBAHBAIKAN PLO UPM BERDASARKAN MQF 2.0 2024 UPM SARAWAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » BENGKEL MEGA PENAMBAHBAIKAN PLO UPM BERDASARKAN MQF 2.0 2024 UPM SARAWAK

BENGKEL MEGA PENAMBAHBAIKAN PLO UPM BERDASARKAN MQF 2.0 2024 UPM SARAWAK

Pada 23 hingga 25 Julai 2025 yang lalu, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH) serta Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains (FKPS), dengan kerjasama Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead), telah berjaya menganjurkan Bengkel Mega yang berlangsung di Bilik Latihan, Perpustakaan UPM Sarawak.
 
Bengkel ini merupakan satu inisiatif strategik yang dirancang bagi tujuan penyelarasan, semakan, dan penambahbaikan dokumen akademik berkaitan pengajian prasiswazah dan pascasiswazah. Usaha ini adalah selaras dengan garis panduan yang ditetapkan dalam Buku Panduan Penawaran Program Akademik Baharu dan Semakan Kurikulum (Prasiswazah dan Pascasiswazah) Universiti Putra Malaysia, Edisi 2025.
 
Sepanjang tiga hari bengkel berlangsung, pelbagai pengisian telah dijalankan termasuk sesi taklimat, perbincangan interaktif, konsultasi antara fasilitator dan penyelaras program, serta sesi pembentangan hasil kerja. Bengkel ini telah mendapat penyertaan lebih 50 orang warga akademik dari kedua-dua fakulti, mencerminkan komitmen tinggi terhadap pemantapan kualiti akademik.
 
Pasukan fasilitator dari CADe-Lead diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Wan Zuhainies Saad (Pengarah CADe-Lead), bersama Prof. Madya Dr. Rahmat Dapari, Prof. Madya Dr. Rashidah Shukor, Prof. Madya Dr. Kelly Wong Kai Seng, Dr. Chong Chuo Min, dan Dr. Wan Mohd Syazwan Wan Solahudin.
 

 

Date of Input: 19/08/2025 | Updated: 19/08/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W, (08:20:21pm-08:25:21pm, 21 Aug 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]