Bintulu - 8 November 2025, program Citra Negaraku “Menjiwai Rukun Negara” – Chit Chat Belia: Youth & Leadership telah diadakan di Putra Smart Classroom, UPMS, menampilkan sesi podcast interaktif yang menghimpunkan golongan muda untuk berbincang tentang perpaduan, kepimpinan, dan nilai kenegaraan.
Program ini dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN ) Sarawak, dengan kerjasama Youth Leadership and Entrepreneurship (YLE), UPMS.
Tiga topik utama dibincangkan oleh panel berpengalaman:

Isu & Perspektif Perpaduan Belia di Malaysia – YBrs. Encik Giri Anak Nyareng, Timbalan Pengarah JPNIN Sarawak

Peranan Universiti & Pelajar dalam Masyarakat Harmoni – YBhg. Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah UPMS merangkap Pengerusi YLE

Cabaran & Solusi – Suara Belia Hari Ini – Saudari Nurul Nabila binti Muhammadku Anwar, wakil pelajar UPMS
Sesi dimoderatorkan oleh Saudari Asiyyah Hani binti Aedyla dari Sekretariat YLE. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Tuan Haji Fakhzan bin Haji Buang, Timbalan Pengerusi YLE UPMS; Puan Khairunnisa binti Idil, Pegawai Perpaduan Bahagian JPNIN Bintulu; dan Encik Mohamad Syukri bin Mohamad Adnan, Ketua Bahagian Pejabat Pengurusan Pelajar UPMS.
Lebih 80 peserta menyertai sesi ini yang berlangsung dalam suasana santai namun penuh ilmu dan semangat perpaduan. Program ini berjaya menjadi platform perkongsian idea, pandangan dan pengalaman, sekaligus menekankan kepentingan nilai kenegaraan dan peranan belia dalam membina masyarakat harmoni.
Bersama membina generasi belia berjiwa besar, berwawasan, dan bersatu padu demi masa depan Malaysia MADANI!
Date of Input: 18/11/2025 |
Updated: 18/11/2025 | lanz
MEDIA SHARING