HEARTS AND HOPES MENGUKIR SENYUMAN MANIS | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » HEARTS AND HOPES MENGUKIR SENYUMAN MANIS

HEARTS AND HOPES MENGUKIR SENYUMAN MANIS

Program PEMBANGUNAN KOMUNITI @ HEARTS AND HOPES merupakan program anjuran pelajar Diploma Pembangunan Manusia Semester 4 Sesi Akademik 2024/2025 bertujuan untuk memupuk sikap bertanggungjawab dan saling bekerjasama antara satu sama lain dalam membantu komuniti. Program ini mengandungi 2 fasa dimana fasa 1 diadakan bermula pada 1 September hingga 10 Oktober 2024 bertempat di Ruang Legar Fakulti Kemanusiaan Pengurusan dan Sains Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak.
 
Fasa 2 pula diadakan pada 12 Oktober 2024 di Kompleks Anak-anak Yatim (PERYATIM) Bintulu Sarawak. Fasa 1 iaitu sumbangan “Back To School” telah memberi ruang kepada individu atau syarikat seperti Mekar, Lembaga Amanah Kebajikan Bintulu (LAKIB), Bintulu Development Authority (BDA), YB Dato Majang Anak Renggit (Adun N.70 Samalaju), Pertama Ferroalloys dan Shimsah Binti Abu Bakar untuk sama-sama menyumbang dan tidak lupa juga pihak Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak.
 
Sepanjang aktiviti ini berlangsung, banyak bantuan berjaya dikumpul terdiri daripada wang tunai, peralatan persekolahan, 3 unit meja, 2 unit rak buku, 10 buah kerusi, bahan bacaan dan pakaian persekolahan bagi memenuhi keperluan anak-anak di PERYATIM Bintulu. Pada fasa 2 pula, pelbagai aktiviti telah diadakan untuk mengeratkan hubungan antara penganjur dan anak-anak di PERYATIM Bintulu seperti senamrobik, sukaneka, mini garden, sesi pengajaran dan malam kebudayaan.
 
Menurut Dr. Dayang Shobihah Binti Abang Abai pensyarah program Kursus FEM2308 dan Dr. Abdul Hadi Bin Samsi pensyarah program Kursus FEM2303, mereka berpuas hati dengan hasil program ini yang berakhir dengan penuh kegembiraan dan berharap lebih banyak inisiatif seperti ini dapat diadakan di masa akan datang bagi mengukir senyuman manis dan memberi sinar harapan kepada mereka yang memerlukan.
 
Wakil pihak pengurusan PERYATIM telah berkata, program PEMBANGUNAN KOMUNITI @ HEARTS AND HOPES yang telah berlangsung pada 12 Oktober 2024 yang julung kalinya diadakan di Kompleks Anak-anak Yatim (PERYATIM) itu merupakan sebuah program yang penuh makna dan emosi.
 
“Program yang telah dianjurkan oleh pihak Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) ini telah memberikan impak yang besar kepada anak-anak serta pengurusan di PERYATIM. Aktiviti-aktiviti yang telah diadakan telah memberi kesan yang mendalam terutamanya kepada anak-anak di PERYATIM.” katanya di sini.
 
Pengarah program PEMBANGUNAN KOMUNITI @ HEARTS AND HOPES, Mohammad Ruzain Aqmar Bin Ibrahim juga berkata, “Program Hearts and Hopes di Kompleks Anak-Anak Yatim Bintulu ini bukan sahaja memberikan impak positif kepada anak-anak yatim, tetapi juga memberi pengajaran berharga kepada pelajar-pelajar Diploma Pembangunan Manusia. Program ini membuktikan pentingnya untuk terus mengadakan program sebegini pada masa hadapan, bagi membina generasi yang lebih prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat".
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 16/10/2024 | Updated: 16/10/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/6:3:41:27~noCache