Bintulu, 29 Julai 2025 – Institut Ekosains Borneo (IEB), Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) telah menganjurkan IEB Talk Session 6 bertajuk “Carbon Mapping and Monitoring: Geospatial Tools for Forest-Based Climate Mitigation” secara dalam talian melalui platform Zoom.
Sesi ini menampilkan penceramah jemputan, Gs. Dr. Hamdan Omar, Pegawai Penyelidik Kanan daripada Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Beliau membincangkan aplikasi teknologi seperti LiDAR, data satelit, dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam menganggar stok karbon hutan serta memantau perubahan bagi inisiatif REDD+ dan skim kredit karbon.
Webinar ini telah menarik penyertaan seramai 115 peserta yang terdiri daripada wakil pelbagai agensi dan institusi termasuk Earth Info Sdn. Bhd., LEBIHASIL Sdn. Bhd., C&S Consultant, Sarawak Energy, Kelestarian Alam Perak, Institut Pertanian Sarawak, Jabatan Hutan Sarawak, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), dan UCYP University.
Moderator bagi sesi ini ialah Ts. Gs. Dr. Wan Nor Zanariah Zainol @ Abdullah daripada IEB, UPMKB. Program ini turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) khususnya SDG 13 (Tindakan Iklim), SDG 15 (Kehidupan di Darat) dan SDG 17 (Perkongsian untuk Matlamat).
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen Institut Ekosains Borneo, UPMS dalam memacu perkongsian ilmu serta memanfaatkan teknologi geospatial bagi mitigasi perubahan iklim dan kelestarian alam sekitar.
Date of Input: 13/08/2025 |
Updated: 13/08/2025 | lanz
MEDIA SHARING