KERJA SAMBIL BELAJAR: SEMBILAN GRADUAN UPMS BINA DISIPLIN DAN KEYAKINAN DIRI | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » KERJA SAMBIL BELAJAR: SEMBILAN GRADUAN UPMS BINA DISIPLIN DAN KEYAKINAN DIRI

KERJA SAMBIL BELAJAR: SEMBILAN GRADUAN UPMS BINA DISIPLIN DAN KEYAKINAN DIRI

Sembilan graduan Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) membuktikan bahawa kerja sambil belajar bukan sekadar mencari pendapatan tambahan, tetapi menjadi peluang berharga untuk membina disiplin, kemahiran dan keyakinan diri sebelum melangkah ke alam kerjaya sebenar.
 
Antara mereka ialah Mohd Azreen Kushairi, graduan Bacelor Sains Akuakultur dengan Kepujian, yang bekerja sambilan dalam bidang perkhidmatan makanan dan minuman (F&B) bagi menampung kos projek tahun akhir tanpa membebankan ibu bapa.
 
Menurut Mohd Azreen, pengalaman bekerja dalam bidang F&B mengajarnya nilai disiplin, komunikasi dan kebolehan menyesuaikan diri dengan pelbagai pelanggan, selain melatih pengurusan masa yang berkesan antara kuliah dan kerja. Bersama lapan rakan lain, beliau berkhidmat di restoran francais terkenal Seoul Garden dan bersyukur kerana majikan memahami komitmen mereka sebagai pelajar dengan memberi kelonggaran dalam jadual kerja.
 
Pengalaman tersebut turut memberi kesedaran tentang pentingnya mengurus masa, kewangan dan tanggungjawab secara matang. Mohd Azreen menyifatkannya sebagai latihan terbaik untuk memahami realiti dunia pekerjaan dan berharap kisah mereka menjadi inspirasi kepada pelajar lain agar berani mencabar diri. Beliau percaya pengalaman di luar kuliah mampu melahirkan graduan UPM yang berdaya tahan dan holistik, seiring dengan semangat universiti “Berilmu Berbakti.”

 

 

Date of Input: 11/11/2025 | Updated: 11/11/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
-
W, (04:14:35am-04:19:35am, 22 Nov 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]