KETABAHAN, KELUARGA DAN KEJAYAAN: KISAH GRADUAN UPMS MENGHADAPI CABARAN LUAR BIASA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » KETABAHAN, KELUARGA DAN KEJAYAAN: KISAH GRADUAN UPMS MENGHADAPI CABARAN LUAR BIASA

KETABAHAN, KELUARGA DAN KEJAYAAN: KISAH GRADUAN UPMS MENGHADAPI CABARAN LUAR BIASA

Nurul Izzati Qistina Shamsul, graduan Diploma Pertanian Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS), pernah berdepan detik hitam apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya sehari sebelum Aidilfitri tahun lalu. Kaki dan tangannya cedera parah akibat hentaman kuat, namun kasih sayang serta dorongan ibunya menjadi sumber kekuatan untuk terus bangkit meneruskan pengajian.
 
Walaupun masih dalam fasa pemulihan, Izzati tetap menduduki peperiksaan akhir secara dalam talian dua minggu selepas kejadian dengan bantuan ibunya yang menyalin nota dan berhubung dengan pensyarah bagi pihaknya. Hasil ketabahan dan semangat juang itu, beliau berjaya memperoleh keputusan yang lebih baik berbanding semester sebelumnya, menjadikan kejayaan tersebut lebih bermakna buat dirinya dan keluarga.
 
Kini meneruskan pengajian di UPM Kampus Serdang, Izzati bertekad menamatkan pelajaran dalam bidang pertanian dan menyumbang kepada pembangunan sektor makanan negara. Bagi beliau, kemalangan itu mengajarnya untuk lebih menghargai masa, kesihatan dan keluarga yang menjadi punca kebahagiaan sebenar dalam hidup.
 
 
 

 

Date of Input: 11/11/2025 | Updated: 11/11/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
-
W, (03:25:38am-03:30:38am, 22 Nov 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]