KUUB PERKUKUH JALINAN BERSAMA UNIVERSITY COLLEGE SABAH FOUNDATION (UCSF) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » KUUB PERKUKUH JALINAN BERSAMA UNIVERSITY COLLEGE SABAH FOUNDATION (UCSF)

KUUB PERKUKUH JALINAN BERSAMA UNIVERSITY COLLEGE SABAH FOUNDATION (UCSF)

KOTA KINABALU, Konsortium Universiti Universitas Borneo (KUUB) telah mengadakan kunjungan hormat ke University College Sabah Foundation (UCSF) dalam usaha memperkukuh hubungan strategik dan memperluas jaringan kerjasama pendidikan tinggi di rantau Borneo.
 
Kunjungan ini menjadi platform penting bagi membincangkan pelbagai peluang kolaborasi dalam bidang akademik, penyelidikan, pertukaran pelajar, serta program pembangunan komuniti yang memberi manfaat langsung kepada masyarakat serantau.
 
Delegasi KUUB disambut mesra oleh pihak pengurusan UCSF yang turut berkongsi aspirasi untuk menjadikan Borneo sebagai hab pendidikan tinggi serantau yang mampan dan berdaya saing.
 
Kerjasama erat antara KUUB dan UCSF diharapkan mampu membuka lembaran baharu ke arah membina ekosistem pendidikan inklusif, progresif, dan berpaksikan masa depan generasi muda Borneo.
 
“Borneo Bermartabat”
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 19/09/2025 | Updated: 19/09/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W, (07:56:50pm-08:01:50pm, 21 Sep 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]