PROGRAM NGABANG KE RH JUNGAN ANAK MITOH | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » PROGRAM NGABANG KE RH JUNGAN ANAK MITOH

PROGRAM NGABANG KE RH JUNGAN ANAK MITOH

Pada 18 Julai 2024, telah berlangsungnya Program Ngabang Rumah Panjang ke Rh Jungan Anak Mitoh di KM25, Jalan Bintulu Tatau. Program ini telah berlangsung dari pukul 8:30 pagi hingga 12.00 tengahari.
 
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program itu berlangsung adalah pelajar UPMKB mencuba alat muzik tradisional Sarawak, pelajar kelihatan menjiwai rentak tradisi dengan setiap alunan yang dimainkan. Selain itu, tarian ngajat juga dipersembahkan oleh penduduk Rh Jungan Anak Mitoh untuk ditunjukkan kepada pelajar UPMKB.
 
Program ini juga telah dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Amini Amir Bin Abdullah (Pengerusi Jemaah Pengetua), En. Abdullah Arshad (Ketua Pentadbiran HEPA), Pn. Noraihan (Ketua BHEP) dan tetamu kehormat yang lain.
 
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ketua Rumah Panjang atas layanan yang mesra dan pengalaman yang cukup berharga sepanjang program ini berlangsung.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 19/07/2024 | Updated: 19/07/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/4:13:44:27~noCache