PROGRAM PUTRA SIHAT @ UPMKB GALAKKAN GAYA HIDUP AKTIF DAN SIHAT | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » PROGRAM PUTRA SIHAT @ UPMKB GALAKKAN GAYA HIDUP AKTIF DAN SIHAT

PROGRAM PUTRA SIHAT @ UPMKB GALAKKAN GAYA HIDUP AKTIF DAN SIHAT

Bintulu, 11 April 2025 – Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) terus komited dalam usaha memperkasa amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kampus menerusi penganjuran Program PUTRA SIHAT @ UPMKB yang telah berlangsung dengan jayanya baru-baru ini.
 
Program ini menampilkan pelbagai pengisian bermanfaat, antaranya aktiviti 10,000 Langkah, yang berjaya menarik penyertaan daripada pelbagai peringkat termasuk kakitangan, pelajar serta komuniti sekitar kampus. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kekal aktif demi memastikan tubuh kekal sihat, minda ceria serta menyokong kesejahteraan kesihatan fizikal dan mental.
 
Menurut Pengarah UPMKB, Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, penganjuran program ini sejajar dengan aspirasi universiti dalam membentuk komuniti kampus yang sihat, sejahtera dan berdaya tahan.
 
“Gaya hidup sihat bukan hanya satu pilihan, tetapi merupakan satu keperluan. Melalui program seperti ini, kita berharap warga UPMKB akan lebih cakna terhadap penjagaan kesihatan serta menjadikan aktiviti fizikal sebagai sebahagian daripada rutin harian,” ujarnya semasa merasmikan program berkenaan.
 
Program ini turut memperkukuh komitmen UPMKB dalam mendukung inisiatif Putra® Sihat, selaras dengan misi universiti untuk menyediakan persekitaran kampus yang menyokong kesihatan secara holistik, merangkumi aspek fizikal, mental, sosial dan emosi.
 
Bertemakan “Jom Mulakan Gaya Hidup Sihat Bersama Kami!”, program ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kecergasan fizikal, malah menjadi simbolik kepada komitmen berterusan UPMKB dalam membina komuniti kampus yang lebih sihat, produktif dan seimbang.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 14/04/2025 | Updated: 14/04/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/5:4:35:24~noCache