UKAS & UPMKB PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » UKAS & UPMKB PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK

UKAS & UPMKB PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK

KUCHING: Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) berhasrat untuk memperkukuhkan kerjasama dua hala bersama Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dalam pelbagai bidang yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Menurut Timbalan Pengarah Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat, Siti Rajanah Abdul Aziz, UKAS merupakan rakan strategik penting UPMKB yang telah banyak membantu dalam mempromosi pelbagai program anjuran mereka.

Jelasnya, kunjungan itu bertujuan untuk memperkukuh hubungan dua hala antara Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak dan UKAS serta meneroka peluang kerjasama antara kedua-dua pihak melalui kerjasama strategik.

“Kerjasama ini diharap dapat memperkukuhkan hubungan antara universiti dan agensi kerajaan dalam usaha membangun serta memperkasa komuniti di Sarawak,” ujarnya.

Siti Rajanah berkata demikian semasa mengetuai delegasi UPMKB mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah UKAS, Awang Putrayusrie Awang Redzuan di Bilik Mesyuarat Utama UKAS pada Khamis.

Dalam pada itu, Awang Putrayusrie mencadangkan agar UKAS dan UPMKB memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuhkan lagi kerjasama dua hala tersebut.

Menurutnya, melalui MoU tersebut, UKAS dan UPMKB dapat menjalinkan kolaborasi dengan lebih rapat dalam pelbagai perkara yang memberi manfaat kepada kedua pihak khasnya dalam memperkasa modal insan di Sarawak.

Beliau turut mencadangkan agar majlis pemeteraian MoU tersebut diadakan semasa program iRandau 2025 anjuran UPMKB yang akan diadakan di Sungai Asap, Belaga pada 2 - 4 Julai nanti.

Turut hadir semasa kunjungan hormat tersebut Ketua Penolong Pengarah Seksyen Talikhidmat UKAS Joachim Paggang Jabong, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pengurusan Transformasi Dr Charlie Dudang, Timbalan Dekan Penyelidikan, Pendanaan dan Siswazah Dr Shairil Izwan Taasim, Ketua Jabatan Sains Sosial dan Pengurusan Dr Yasmin Yaccob, Pensyarah Kanan Jabatan Sains Sosial dan Pengurusan Dr Sawanah Mumin, Pegawai Eksekutif UPMKB Ainul Fikri Mohamad Pauzi serta pegawai UKAS lain. - EDISI UKAS
 

Date of Input: 17/04/2025 | Updated: 17/04/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/5:2:07:28~noCache