Seluruh warga Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua penerima Anugerah MGP 2025 sempena Majlis Gemilang Putra 2025 yang telah berlangsung dengan penuh gemilang pada 23 Mei 2025.
Inilah bukti bahawa warga UPMKB sentiasa unggul, komited dan bersatu hati dalam mengangkat nama universiti ke tahap tertinggi.
Semoga kejayaan ini menjadi suntikan semangat kepada seluruh warga kampus untuk terus cemerlang, memperkasakan potensi diri, dan terus berbakti kepada universiti, masyarakat serta negara.
UPMKB terus Mansang!


Date of Input: 29/05/2025 |
Updated: 29/05/2025 | lanz
MEDIA SHARING