UPMS LAHIRKAN GRADUAN SULUNG PROGRAM KIMIA PERINDUSTRIAN DAN PENGURUSAN PERNIAGAAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » UPMS LAHIRKAN GRADUAN SULUNG PROGRAM KIMIA PERINDUSTRIAN DAN PENGURUSAN PERNIAGAAN

UPMS LAHIRKAN GRADUAN SULUNG PROGRAM KIMIA PERINDUSTRIAN DAN PENGURUSAN PERNIAGAAN

BINTULU, 1 Nov – Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) Ke-49 Sidang 1 hari ini mencipta sejarah tersendiri apabila menyaksikan kelahiran graduan sulung bagi dua program pengajian baharu universiti berkenaan.
 
Program yang melahirkan graduan pertamanya ialah Bacelor Sains Kimia Perindustrian dengan Kepujian dan Diploma Pengurusan Perniagaan, yang ditawarkan di kampus Bintulu sejak beberapa tahun lalu.
 
Pro Canselor UPM, Tan Sri Peter Chin Fah Kui, berkata pencapaian ini menjadi bukti komitmen UPMS dalam memperluas bidang akademik dan memenuhi keperluan tenaga mahir tempatan, selaras dengan aspirasi Sarawak Maju 2030.
 
“Hari ini , saya berbesar hati meraikan lima ratus lima puluh enam graduan terdiri daripada tujuh graduan Ph.D., tiga puluh satu graduan Master, seratus tiga puluh (130) graduan bacelor, dan tiga ratus lapan puluh lapan pemegang Diploma daripada pelbagai program di UPMS”
 
“Lebih istimewa, majlis kali ini menyaksikan kelahiran graduan sulung Bacelor Sains Kimia Perindustrian dengan Kepujian dan Diploma Pengurusan Perniagaan. Oleh itu, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua graduan atas kerja keras, semangat juang, dan dedikasi anda"ujarnya
 
Beliau berkata demikian pada Majlis Konvokesyen UPM Ke-49, Sidang Pertama, Sesi 1, yang berlangsung di Dewan Sri Kenyalang, Universiti Putra Malaysia Sarawak, pagi tadi.
 
Dalam pada itu, Pingat Emas Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar Bintulu Port Holdings Berhad turut diperkenalkan sebagai penghargaan kepada pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dalam kepimpinan dan aktiviti kokurikulum.
 
UPMS kini terus memperkukuh kepakaran dalam bidang pertanian dan penyelidikan, selain menampilkan pelbagai inovasi melalui Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen yang dianjurkan sempena majlis berkenaan.
 
Wartawan/Foto: ISKANDAR SHAH

 

 

Date of Input: 11/11/2025 | Updated: 11/11/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
-
W, (03:59:15am-04:04:15am, 22 Nov 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]