UPMS RAIH ANUGERAH ENVIRONMENTAL CHANGEMAKER DI BORNEO INSPIRES LEGACY AWARD | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » UPMS RAIH ANUGERAH ENVIRONMENTAL CHANGEMAKER DI BORNEO INSPIRES LEGACY AWARD

UPMS RAIH ANUGERAH ENVIRONMENTAL CHANGEMAKER DI BORNEO INSPIRES LEGACY AWARD

UPMS telah meraih Anugerah Environmental Changemaker di bawah kategori Convention and Exhibitions Legacy Excellence (Environmental Category) melalui penganjuran Congress on Sustainable Agriculture and Food Security 2024 (COSAFS2024), oleh Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH, UPMS) dan Institut EkoSains Borneo (IEB, UPMS), dengan kerjasama Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD). Anugerah ini disampaikan sempena Borneo Inspires Legacy Award yang berlangsung pada 3 Oktober 2025.

COSAFS, yang diasaskan oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, menjadi pemangkin kepada terhasilnya platform penting dalam memperjuangkan kelestarian pertanian dan keselamatan makanan di rantau ini.
 
Anugerah berprestij ini telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, dengan kehadiran Yang Berbahagia Datu Hii Chang Kee, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), serta disaksikan oleh Amelia Roziman, Ketua Pegawai Eksekutif Business Events Sarawak. Anugerah tersebut telah diterima oleh Ts. Dr. Suhaili Mustafa mewakili UPMS selaku Pengerusi COSAFS2024, bersama Dr. Wan Zabidii Wan Morni.
 
Pengiktirafan ini mencerminkan dedikasi, komitmen, serta usaha kolektif seluruh pasukan bersama rakan strategik dan industri dalam menjayakan COSAFS2024. Ia juga menjadi bukti bahawa usaha bersepadu memperkukuh agenda kelestarian pertanian dan keselamatan makanan kini mendapat pengiktirafan di peringkat lebih tinggi.
 
Setinggi-tinggi penghargaan turut dirakamkan kepada Pengerusi pertama COSAFS2022, Prof. Madya Dr. Zakry Fitri Ab Aziz atas kepimpinan beliau dalam menerajui edisi sulung bersama pasukan terdahulu. Pencapaian hari ini adalah legasi daripada kerjasama berterusan sejak penganjuran awal hingga kini.
 
Kejayaan ini adalah milik semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, menyumbang tenaga, masa, dan kepakaran. Inilah hasil kebersamaan kita semua.

Syabas diucapkan!

 
 
 

 

Date of Input: 07/10/2025 | Updated: 07/10/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W, (07:25:34pm-07:30:34pm, 07 Oct 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]