WAWANCARA EKSKLUSIF: HALATUJU UPMS BERSAMA NAIB CANSELOR DAN PROVOS UPMS | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » WAWANCARA EKSKLUSIF: HALATUJU UPMS BERSAMA NAIB CANSELOR DAN PROVOS UPMS

WAWANCARA EKSKLUSIF: HALATUJU UPMS BERSAMA NAIB CANSELOR DAN PROVOS UPMS

SERDANG, 1 Julai 2025 – Sejurus selepas Majlis Pengisytiharan rasmi penjenamaan semula Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) kepada Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS), RAKAN Sarawak telah berpeluang mengadakan satu sesi temu bual eksklusif bersama Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan bin Mohd. Sadullah.

Temu bual yang berlangsung di UPM Kampus Serdang itu bertujuan mendapatkan pandangan serta perkongsian beliau berhubung matlamat, hala tuju dan aspirasi UPMS pasca penjenamaan semula tersebut.

Menurut YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan, penjenamaan semula ini bukan sekadar perubahan nama semata-mata, tetapi merupakan langkah strategik yang mencerminkan komitmen UPM dalam memperkasakan peranan UPMS sebagai pusat kecemerlangan ilmu dan pembangunan wilayah di Borneo, khususnya Sarawak.

“UPMS akan terus diberi sokongan dalam memperluas program akademik, penyelidikan dan jalinan industri agar dapat memberi impak yang lebih besar kepada komuniti tempatan serta menyumbang secara signifikan kepada pembangunan negara,” ujar beliau.

Sesi temu bual tersebut turut disertai oleh Provos UPMS, Prof. Dr. Shahrul Razid bin Sarbini yang menyatakan bahawa penjenamaan ini akan membuka lebih banyak ruang kolaborasi dan pengiktirafan kepada UPMS, seiring dengan aspirasi universiti untuk menjadi institusi unggul bertaraf antarabangsa.

RAKAN Sarawak mengakhiri sesi tersebut dengan harapan agar UPMS terus melakar kejayaan cemerlang dan menjadi pemangkin utama kepada kemajuan pendidikan tinggi di wilayah Sarawak.

Date of Input: 07/07/2025 | Updated: 07/07/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/9:1:59:34~noCache