Busan, Korea Selatan 26 Julai- Delegasi Universiti Putra Malaysia diwakili oleh tiga orang pensyarah iaitu Dr. Roxana Dev Omar Dev dari Fakulti Pengajian Pendidikan, Dr. Noorain Mohd Isa dari Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar dan Dr. Karmilah Abdullah dari Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains serta empat orang pelajar telah menyertai program Asia Summer Programme (ASP) 2024 yang diadakan di Dongseo University.
Matlamat utama program musim panas ini adalah untuk memupuk para pelajar agar mempunyai pemahaman yang kukuh tentang budaya Asia, berfikiran kritis dan kreatif, dan berkemahiran dalam jalinan kerjasama antarabangsa.
Program musim panas ini menawarkan pelbagai kursus akademik jangka pendek yang dikelolai oleh pensyarah dari pelbagai universiti di seluruh Asia. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini termasuk aktiviti kebudayaan, sukan, pencarian bakat dan jaringan global.
Menurut Presiden Dongseo University, Prof. Dr. Jekuk Chang dalam ucapan majlis penutupan ASP 2024, semoga jalinan persahabatan sepanjang program ini dapat menjadi platform kerjasama profesional jangka panjang untuk para peserta pada masa akan datang.
ASP 2024 ini telah diadakan selama tiga minggu bermula 8 hingga 26 Julai 2024 dan disertai oleh pensyarah dan pelajar dari 23 buah negara. Program ini diharapkan dapat memberi peluang kepada pelajar serta pensyarah menimba pengalaman antarabangsa di samping meluaskan jaringan professional mereka.
Date of Input: 08/08/2024 | lanz
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia