HARI USAHAWAN PUTRA 2025 GALAKKAN KEUSAHAWANAN PERTANIAN DALAM KALANGAN KOMUNITI BINTULU | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» PUTRABAKTI » HARI USAHAWAN PUTRA 2025 GALAKKAN KEUSAHAWANAN PERTANIAN DALAM KALANGAN KOMUNITI BINTULU

HARI USAHAWAN PUTRA 2025 GALAKKAN KEUSAHAWANAN PERTANIAN DALAM KALANGAN KOMUNITI BINTULU

BINTULU, 16 Mac 2025 – Hari Usahawan PUTRA 2025 yang berlangsung selama dua hari di Times Square Megamall, Bintulu telah berjaya menarik penyertaan masyarakat setempat, sekali gus memperkukuh misi Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam menjayakan jenama baharu universiti itu, PUTRA: Pertanian Untuk Rakyat.

Program ini dianjurkan oleh pelajar Kursus QKH2104 Usahawan Siswa (Kumpulan 1), Semester Kedua Sesi Akademik 2024/2025, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB). Penganjuran program ini bertujuan untuk program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan minat masyarakat terhadap bidang keusahawanan serta pertanian moden yang semakin relevan dalam ekonomi semasa.

Hidroponik merupakan alternatif yang sangat praktikal, terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai tanah luas. Sistem ini mudah diurus, bersih dan mampu menghasilkan tanaman berkualiti tinggi dalam tempoh yang singkat, jelas Tuan Haji Sudirman Asmadi semasa menyampaikan taklimat Perniagaan Berasaskan Tanaman Hidroponik.

Menurut Pengarah Program, Irfan Hamzah, program ini membuka ruang kepada para usahawan muda dan komuniti setempat untuk mendapatkan pengetahuan secara teori dan praktikal dalam bidang pertanian dan keusahawanan.

Kami berharap program seperti ini dapat memupuk semangat keusahawanan di kalangan masyarakat tempatan, di samping memberi pendedahan kepada teknologi pertanian moden seperti hidroponik yang mudah diusahakan walaupun di kawasan bandar, ujar beliau.

Tambahnya lagi, pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program ini termasuk Taklimat Keusahawanan dan Pemasaran Digital, perkongsian tentang Perniagaan Berasaskan Tanaman seperti Hidroponik dan Kelapa Sawit, Pameran Pertanian yang penuh informasi, serta Jualan Rahmah separuh harga.

Melalui program seperti ini, UPMKB terus komited menyokong pembangunan komuniti setempat ke arah pertanian pintar yang mampan dan mampu menjana pendapatan baharu bagi masyarakat.

Date of Input: 18/03/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/4:12:34:53~noCache