KOLEJ SRI RAJANG, UPMKB SUMBANG KEMUDAHAN UNTUK SEKOLAH PEDALAMAN DI BINTULU | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» PUTRABAKTI » KOLEJ SRI RAJANG, UPMKB SUMBANG KEMUDAHAN UNTUK SEKOLAH PEDALAMAN DI BINTULU

KOLEJ SRI RAJANG, UPMKB SUMBANG KEMUDAHAN UNTUK SEKOLAH PEDALAMAN DI BINTULU


Bintulu, 27 Ogos 2024 - Kemudahan katil kayu dan tilam terpakai di blok kediaman Kolej Sri Rajang, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) disumbangkan kepada salah sebuah sekolah pedalaman di Kuala Tatau Bintulu, iaitu Sekolah Kebangsaan Kuala Tatau Bintulu.

Sebanyak 20 unit katil dan 20 unit tilam telah diserahkan kepada En. Zulfaddly Bin Ahmad selaku Guru Besar oleh Pengetua Kolej Sri Rajang iaitu YM Dr. Tengku Sh. Marliza Tengku Azmi pada 27 Ogos 2024 di blok kediaman Kolej Sri Rajang.

Aktiviti sumbangan CSR Kolej Sri Rajang ini telah menjadi rutin sebelum ini iaitu sumbangan telah diberikan kepada beberapa buah sekolah-sekolah daif dan kritikal di sekitar Bintulu, termasuk sumbangan kepada beberapa buah rumah Panjang yang telah terbakar dan memerlukan kemudahan katil dan tilam.

UPM berharap dengan adanya sumbangan ini dapat memberi keselesaan pelajar-pelajar di sekolah berkenaan. Hadir sama Puan Rosidah Basir Penolong Pendaftar Kanan Kolej Sri Rajang, UPMKB dan Ketua Felo Kolej Sri Rajang En. Abdul Rahim Bin Habib berserta beberapa orang guru dari sekolah tersebut.

Date of Input: 03/09/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/5:22:21:57~noCache