KURSUS PENGURUSAN PENTERNAKAN AYAM | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» PUTRABAKTI » KURSUS PENGURUSAN PENTERNAKAN AYAM

KURSUS PENGURUSAN PENTERNAKAN AYAM

Bintulu, 22 September 2024 - Pusat Pertanian Putra, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak telah menganjurkan Kursus Pengurusan Penternakan Ayam atas permintaan yang menggalakkan dari Persatuan Komuniti Pertanian dan Penternakan Sarawak.

Kesemua peserta seramai 32 orang peserta dari pelbagai bahagian di Sarawak iaitu Bintulu, Kuching, Sibu, Sri Aman, Sarikei, Debak dan Miri, walaupun mempunyai latar belakang yang berbeza, datang dengan tujuan dan semangat yang sama iaitu ingin mencari ilmu dalam bidang penternakan ayam.

Ts. Dr. Carlina Freddie Simol @ Rachellynna, Pegawai Pertanian Kanan, PPP@UPMKB selaku Penyelaras dan Penceramah kursus menerangkan objektif penganjuran kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta yang ingin menternak ayam dari segi keperluan umum, penyediaan reban, pengurusan dan penyelenggaraan harian sehingga penuaian.

Turut dikongsikan juga ialah ilmu pengetahuan tentang pengurusan kesihatan ayam, penyediaan dan penghasilan makanan untuk ayam serta penyelesaian kepada masalah yang sering dihadapi oleh penternak ayam. Peserta turut diberi tunjuk ajar melalui sesi amali pemilihan telur untuk penetasan, pemotongan paruh ayam serta cara-cara pemberian vaksin kepada ternakan ayam. Sesi amali ini telah dibantu oleh staf Pusat Pertanian Putra UPMKB iaitu Puan Jega Jantai dan En. Yusri Drahman.

Inisiatif ini adalah selari dengan Jenama PUTRA – Pertanian untuk Rakyat dan moto UPM Berilmu Berbakti. Semoga kursus ini dapat memberikan manfaat kepada semua.

Date of Input: 13/01/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/4:12:26:13~noCache