KURSUS PENTERNAKAN BURUNG PUYUH | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» PUTRABAKTI » KURSUS PENTERNAKAN BURUNG PUYUH

KURSUS PENTERNAKAN BURUNG PUYUH

Pusat Pertanian Putra (PPP), Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah menganjurkan Kursus Modular - Penternakan Burung Puyuh kepada kakitangan Pusat Koreksional Bintulu dan prospek Fasa 3 yang sedang mengikuti Program Pemulihan Insan (PPI) pada 24 September 2024 (Selasa). Kursus ini telah dihadiri oleh 23 orang peserta sebagai usaha meningkatkan pengetahuan dalam ilmu penternakan.

Menurut penyelaras merangkap penceramah kursus, Ts. Dr. Carlina Freddie Simol @ Rachellynna iaitu Pegawai Pertanian Kanan Pusat Pertanian Putra UPMKB, Kursus Penternakan Puyuh ini memberi informasi mengenai asas penternakan (perindukan, pembesaran, pemberian makanan dan penetasan) serta elemen pengurusan penternakan burung puyuh. Disamping itu, semasa sesi praktikal / amali, peserta telah didedahkan mengenai teknik pemilihan telur puyuh untuk tujuan pengeraman dan penetasan, teknik pembuatan/penghasilan inkubator secara manual dan kecil-kecilan. Sesi praktikal ini telah dibantu oleh staff Pusat Pertanian Putra UPMKB iaitu Puan Jega Jantai, Cik Josephine Jawai Makos dan En. Yusri Drahman.

Timbalan Pengarah PPP, UPMKB, Prof. Madya Dr. Amy Halimah binti Rajaee turut berharap kursus seperti ini dapat memenuhi keperluan masyarakat setempat yang boleh menyumbang kepada peningkatan pendapatan dan meningkatkan ekonomi masyarakat serta menunjukkan komitmen UPM sebagai peneraju bidang pertanian selaras dengan jenama Pertanian untuk Rakyat (PUTRA).

Penganjur bersama kursus iaitu TPP Thompson Ridot turut berharap usaha dan kerjasama bersama pihak UPM ini dapat diteruskan lagi terutamanya untuk bidang pertanian. Ilmu yang diberikan amat berguna sebagai panduan dan persediaan bagi prospek yang akan bebas kelak agar mereka dapat merancang dan mempunyai pengetahuan yang bersesuaian. Semoga kursus ini dapat memberikan manfaat kepada semua.

Date of Input: 13/01/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/4:12:32:23~noCache