MAJLIS PENYERAHAN HADIAH PERTANDINGAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM(EKSA) UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» PUTRABAKTI » MAJLIS PENYERAHAN HADIAH PERTANDINGAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM(EKSA) UPMKB

MAJLIS PENYERAHAN HADIAH PERTANDINGAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM(EKSA) UPMKB


Bintulu, 23 September 2024 – Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah mengadakan Majlis penyerahan hadiah bagi Pertandingan Ekosistem Kondusif Sektor Awam yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Pendaftar UPM Kampus Bintulu Sarawak hari ini. Majlis tersebut bertujuan untuk menghargai inisiatif dan usaha warga kampus dalam mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif dan mesra alam.

Pertandingan ini merangkumi beberapa kategori, termasuk Bahagian Terbaik Keseluruhan, Ruang Kerja Terbaik, Sudut Eksa Terbaik, Amalan Go Green Terbaik, dan Bilik Pegawai Terbaik. Para pemenang terdiri daripada pelbagai Zon, Bahagian dan Jabatan yang menunjukkan komitmen luar biasa dalam mencipta suasana kerja yang produktif dan mampan.

Pertandingan EKSA telah menawarkan hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM1000.00. Keputusan Pemenang bagi kategori Bahagian Terbaik Keseluruhan adalah Jabatan Sains Sosial dan Pengurusan yang telah membawa pulang hadiah berupa Plak dan Voucher bernilai RM250.00, manakala Ruang Kerja Terbaik diraih oleh Jabatan Sains Tanaman. Sudut Eksa Terbaik pula dimenangi oleh Jabatan Sains Sosial dan pengurusan, dan Amalan Go Green Terbaik disandang oleh Perpustakaan (UPMKB). Bilik Pegawai Terbaik pula jatuh kepada Dr. Faizul Nizar bin Anuar (JSSP).

Ketua Pentadbiran UPMKB juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk EKSA UPMKB, dalam ucapannya menekankan pentingnya budaya kerja yang kondusif dan penyertaan aktif semua warga kampus dalam mencapai matlamat ini. Beliau juga memuji usaha semua peserta yang menunjukkan kreativiti dan dedikasi dalam mempromosikan amalan mesra alam.

Majlis ini diakhiri dengan sesi bergambar bersama pemenang dan penyampaian hadiah kepada semua kategori yang berjaya. Inisiatif seperti ini diharapkan dapat diteruskan bagi menggalakkan semua warga UPMKB untuk sentiasa berusaha ke arah penciptaan persekitaran yang lebih baik.

Date of Input: 13/01/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/4:15:00:04~noCache