Kuching, 11 Mei - Program Jom Masuk U 2024 (JMU 2024) telah diadakan bermula Mei 2024 hingga Jun 2024 sepuluh (10) zon seluruh negara.
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu telah dijemput ke program JMU 2024 (Zon Sarawak) pada 11 - 12 Mei 2024 (Sabtu & Ahad) pukul 8.30 pagi - 5.00 petang yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bertempat di The Hills, Pullman Hotel, Kuching. Pada tarikh yang sama JMU 2024 juga dianjurkan oleh UPM Serdang untuk Zon Tengah II.
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu telah dihadiri oleh Encik Sudirman Asmadi, Ketua Bahagian Pejabat Pengurusan Akademik dan Penyelidikan, Dr. Faizul Nizar bin Anuar, Dr. Muhd Aidilfitri bin Mohamad Roslan dan Encik Fauzie Mohamad.
Penganjuran JMU 2024 ini bertujuan untuk mempromosi dan menyebarluas maklumat terkini mengenai peluang pendidikan tinggi yang ditawarkan oleh Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) kepada masyarakat setempat khususnya para pelajar sekolah, guru dan ibu bapa.
Date of Input: 15/05/2024 | lanz
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia