PROGRAM PENGUKUHAN INTEGRITI: MEMBENTUK GENERASI BERETIKA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» PUTRABAKTI » PROGRAM PENGUKUHAN INTEGRITI: MEMBENTUK GENERASI BERETIKA

PROGRAM PENGUKUHAN INTEGRITI: MEMBENTUK GENERASI BERETIKA


Bintulu, 17 OGOS 2024 – Program Pengukuhan Integriti yang dianjurkan oleh Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS), Jabatan Premier Sarawak dengan kerjasama Pejabat Pendaftar (UPMKB) telah diadakan di Dewan Sri Kenyalang UPMKB yang menghimpunkan seramai 500 peserta Institusi Pendidikan di Bintulu iaitu Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB), Advanced Technology Training Center (ADTEC) Bintulu, Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu, dan Kolej Vokasional Bintulu.

Majlis dirasmikan oleh Tuan Wan Mohamad bin Wan Drahman, Pengarah UNIONS mewakili Yang Berhormat Dato’ Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman). Turut hadir bersama YBhg. Profesor Dr. Shahrul Razid bin Sarbini, Pengarah UPMKB dan YBrs. Encik Azizi Ismail, Ketua Bahagian Governan dan Integriti UPM. Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa nilai integriti adalah asas kepada kepimpinan dan pengurusan yang berkesan, terutamanya dalam konteks institusi pendidikan yang berperanan penting dalam membentuk masa depan negara.

Program yang berlangsung dari jam 7 pagi hingga 5 petang itu telah diteliti untuk memberi impak yang signifikan kepada peserta dalam memahami peranan integriti dalam kehidupan setelah berada di alam pekerjaan kelak. Lokakarya yang diketuai Encik Mohd Firdaus bin Ramlan, Bekas Majistret Mahkamah, penceramah utama berkongsi pengetahuan dalam membentuk komuniti pelajar yang lebih beretika, berakauntabiliti dan bertanggungjawab seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan masayarakat secara keseluruhannya.

Diharap penganjuran program ini mampu memberikan kesedaran yang mendalam kepada semua peserta tentang kesan jenayah seperti rasuah, sekaligus memupuk budaya integriti yang kukuh dalam kalangan generasi muda khususnya pelajar di Sarawak.

Date of Input: 20/08/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/4:7:01:34~noCache