BINTULU, 15 April 2025 — Mangsa kebakaran yang terjejas di kawasan Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Sibiew dan Rumah setinggan di Sungai Plan Jalan Tanjung Kidurong baru-baru ini menerima sumbangan berupa pakaian terpakai hasil inisiatif sumbangan orang ramai melalui aktiviti Infaq yang dikendalikan oleh pihak Perpustakaan UPM Kampus Bintulu Sarawak.
Sebanyak 10 kotak pakaian terpakai telah diserahkan oleh wakil perpustakaan kepada Puan Bonnyisa Eva, yang mewakili Pasukan Sukarelawan. Penyerahan sumbangan ini bertujuan untuk meringankan beban mangsa kebakaran yang kehilangan tempat tinggal dan harta benda akibat insiden tersebut.
Puan Eva menyatakan penghargaan atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan oleh pihak perpustakaan serta masyarakat setempat. Beliau menekankan bahawa sumbangan ini akan membantu mangsa dalam menghadapi tempoh pemulihan selepas kejadian kebakaran yang menimpa baru-baru ini. Inisiatif seperti ini mencerminkan semangat kebersamaan dan solidariti dalam kalangan komuniti Bintulu, di mana pelbagai pihak berganding bahu untuk membantu mereka yang memerlukan.
Date of Input: 17/04/2025 | lanz
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia