UPM KEKAL DALAM 1% TERATAS UNIVERSITI ASIA, RAIH KEDUDUKAN KE-22 QS ASIA 2026 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK sarawak
» ARTICLE » UPM KEKAL DALAM 1% TERATAS UNIVERSITI ASIA, RAIH KEDUDUKAN KE-22 QS ASIA 2026

UPM KEKAL DALAM 1% TERATAS UNIVERSITI ASIA, RAIH KEDUDUKAN KE-22 QS ASIA 2026

Universiti Putra Malaysia (UPM) kekal dalam kelompok 1% teratas daripada 1,526 universiti di Asia apabila disenaraikan di kedudukan ke-22 dalam QS World University Rankings 2026: Asia. Pencapaian ini turut mengekalkan kedudukan UPM sebagai universiti ke-2 terbaik di Malaysia dan ke-4 terbaik di Asia Tenggara.

UPM meraih skor penuh dalam empat indikator utama, iaitu Inbound Exchange, Outbound Exchange, International Students, dan Staff with PhD, disusuli dengan prestasi cemerlang dalam Academic Reputation (99.3%) dan Employer Reputation (98%). Sementara itu, margin peningkatan paling signifikan dicatat bagi indikator Papers per Faculty dan Citations per Paper.

Terima kasih dan tahniah kepada seluruh warga UPM atas komitmen, dedikasi dan usaha berterusan dalam memperkukuh kecemerlangan universiti.

Maklumat lanjut sila layari, https://www.topuniversities.com/asia-university-rankings

Date of Input: 05/11/2025 | Updated: 05/11/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (04:54:23pm-04:59:23pm, 11 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]