Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) mencatat satu lagi pencapaian penting dalam usaha memperkukuh penjenamaan dan keterlihatan institusi apabila berjaya menempatkan paparan billboard rasmi UPM Sarawak di Bintulu.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada strategi komunikasi korporat UPMS untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap peranan universiti dalam memacu pendidikan tinggi, penyelidikan serta pembangunan komuniti di Sarawak.
UPMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bintulu Development Authority (BDA) atas sokongan dan kerjasama strategik yang diberikan. Semoga kolaborasi ini dapat terus diperkukuh ke arah memperluas impak universiti kepada masyarakat setempat.
UPM Sarawak – Legasi Kecemerlangan Ilmu Bermula Di Sini.
Date of Input: 11/02/2026 | Updated: 11/02/2026 | lanz
MEDIA SHARING