FSPM Dapat Perak Dan Gangsa Di Expo Inovasi Malaysia (MIExpo) 2013 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» BERITA » FSPM dapat perak dan gangsa di Expo Inovasi Malaysia (MIExpo) 2013

FSPM dapat perak dan gangsa di Expo Inovasi Malaysia (MIExpo) 2013


Bintulu, 28 Sept (UPM) - Tahniah dan syabas diucapkan kepada Dr. Ahmed Osumanu Haruna, Pensyarah di Jabatan Sains Tanaman, FSPM, UPMKB dan pasukan penyelidikannya kerana telah berjaya menggondol dua pingat dalam pertandingan penyelidikan yang telah dijalankan di Expo Invosi Malaysia (MIExpo) 2013 yang diadakan baru-baru ini di Universiti Putra Malaysia Serdang.

Dalam expo tersebut, Dr. Osumanu dan pasukannya telah mempamerkan dua hasil kajian mereka yang bertajuk Sustainable Technology for Increasing Rice Yield dan Maximizing Yield of Crops by Reducing Phosphorus Fixation dalam kategori yang sama iaitu Fundamental Research, dimana kedua-dua hasil kajian telah berjaya membawa pulang pingat perak dan gangsa.

Menurut Dr. Osumanu, “idea utama kepada penghasilan kedua-dua kajian ini adalah dengan menggunakan sisa pertanian seperti jerami padi dan habuk kayu dapat menghasilkan baja organik yang mampu  menigkatkan kualiti tanah, menyebabkan pokok dapat membesar dengan baik dan seterusnya meningkatkan hasil pertanian disamping dapat mengurangkan kos dan menyelamatkan alam sekitar.” Tambah Dr.Osumanu lagi, “beliau dan pasukannya telah menggunakan  masa selama 10 bulan untuk menyiapkan kajian dalam Sustainable Technology for Increasing Rice Yield dan enam bulan dalam kajian Maximizing Yield of Crops by Reducing Phosphorus Fixation.”

Apabila ditanyakan kepada Dr. Osumanu tentang perasaannya, “beliau menyatakan bahawa beliau sangat gembira dan bersyukur kerana kajian ini berjaya disiapkan dengan jayanya dan ia sesuatu yang membanggakan apabila beliau dapat menyumbangkan sesuatu dalam bentuk pengetahuan kepada masyarakat. Beliau juga berpesan, untuk berjaya dalam sesuatu perkara jangan cepat mengalah, pastikan mempunyai niat yang baik dan ia membawa manfaat kepada masyarakat.”

Dr. Osumanu juga merakamkan, “ribuan terima kasih kepada dua orang pelajar Phd yang dibawah seliaannya iaitu Palanivell Parumal yang berada di tahun pertama pengajiannya dan Ch’ng Huck Ywih yang berada di tahun ketiga pengajiannya, kerana mereka  orang yang bertungkus lumus dalam memastikan kedua-dua kajian ini berjaya. Palanivell Parumal yang turut terlibat berkata, “usaha yang tinggi dan kerja keraslah yang menyebabkan kajian ini berjaya.” Manakala, Ch’ng Huck Ywih pula menyatakan, “untuk berjaya kita perlu percaya dengan kebolehan diri sendiri, bermotivasi dan hasilkan sesuatu yang dapat menyumbang kepada inovasi.” Kedua-dua pelajar ini telah menyatakan bahawa, “tanpa bimbingan dan sokongan daripada Dr. Osumanu tidak mungkin mereka dapat mencapai kejayaan ini.”

Di akhir sesi temubual, “Dr.Osumanu turut merakamkan ucapan terima kasih khususnya kepada UPMKB kerana telah memberikan sokongan yang padu dan menyediakan kemudahan yang lengkap sehinggakan kajian ini dapat dilaksanakan dengan lancar. Ucapan terima kasih juga  buat UPM secara umumnya dan Jabatan Pengajian Tinggi kerana telah menyediakan sokongan kewangan bagi kajian ini melalui Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) dan Skim Geran Penyelidikan Eksploratori (ERGS). Dr. Osumanu dan pasukannya akan membawa kedua-dua hasil kajiannya ke “BioMalaysia 2013” di Johor yang dilaksanakan diperingkat antarabangsa yang bakal berlangsung tidak lama lagi.


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W, (11:22:41pm-11:27:41pm, 25 Aug 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]