KURSUS PENGURUSAN PENTERNAKAN AYAM SIRI 3 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» KURSUS PENGURUSAN PENTERNAKAN AYAM SIRI 3

KURSUS PENGURUSAN PENTERNAKAN AYAM SIRI 3

Atas permintaan ramai, pihak Pusat Pertanian Putra akan menganjurkan KURSUS PENGURUSAN PENTERNAKAN AYAM SIRI 3

Apa yang menarik?

Daging dan telur ayam sangat digemari kerana hampir semua rakyat Malaysia boleh makan produk hasilan ayam. Selain itu, peningkatan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pengambilan makanan berkhasiat menyebabkan permintaan terhadap daging dan telur ayam terus meningkat setiap tahun. Menjadi penternak ayam sebenarnya tidak sukar. Kursus ini akan memberi panduan kepada peserta yang ingin menternak ayam mengenai keperluan umum, penyediaan reban, pengurusan dan penyelenggaraan harian sehingga penuaian. Turut dikongsikan juga ialah ilmu pengetahuan tentang pengurusan kesihatan ayam, penyediaan dan penghasilan makanan untuk ayam serta penyelesaian kepada masalah yang sering dihadapi oleh penternak ayam.

Tarikh:
23 September 2023 (Sabtu)

Masa:
8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat:
Pusat Pertanian Putra, UPMKB (Teori) & Pusat Penetasan Unggas (Praktikal)

Penceramah:
Dr. Carlina Freddie Simol @ Rachellynna

Yuran Penyertaan:
RM150.00 (Peserta luar)
RM100.00 (Staf dan Pelajar UPM)
(Nota: Termasuk sijil penyertaan, bahan kursus & makan minum)

Justeru, orang ramai diseru supaya tidak melepaskan peluang keemasan ini memandangkan yuran kemasukan kursus adalah amat berpatutan. Yuran tersebut meliputi kos makanan dan minuman, sijil penyertaan dan nota kursus

Tarikh Tutup : 8 September 2023 (Jumaat)

Link pendaftaran, klik >>> DISINI

Pertanyaan


Urusetia:
Puan Nurliyana Bin Mahdar
Encik Mohamad Fitri Bin Bujang
H/P: 011 - 25634022
Tel. Pejabat: 086 - 855667
No. Fax Pejabat: 086 - 855283


Pegawai Seranta:
Dr. Carlina Freddie Simol @ Rachellynna - 019-8340886
Pn. Jega Jantai - 013-8395384
Cik Josephine Jawai Makos - 013 - 7073252


Nota:
1. Penganjuran kursus akan dibatalkan sekiranya tidak mencapai bilangan minimum penyertaan (20 orang) pada *tarikh tutup 8 September 2023 (Jumaat)*. Yuran penyertaan yang telah dibayar akan dipulangkan sepenuhnya.
2. Yuran penyertaan tidak akan dipulangkan sekiranya kursus diteruskan tetapi peserta menarik diri selepas tarikh tutup *8 September 2023 (Jumaat)*.
3. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian peserta yang berpunca daripada tempahan tiket penerbangan dan penginapan untuk mengikuti kursus ini.

Anjuran:
Pusat Pertanian Putra (PPP)
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak

Kemaskini:: 04/08/2023 [lanz]

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W, (02:31:29pm-02:36:29pm, 08 Sep 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]