LIMBANG, 8 Julai 2026 Seramai 220 orang pelajar dan guru daripada lima buah sekolah menengah di Bahagian Limbang menyertai Karnival Pendidikan & Kerjaya PRO-DR (Project of Dreams Realized) Roadshow 2026 yang berlangsung di Hotel Purnama Limbang.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Kaunselor Sufian Mohat, wakil kepada YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (Industri Makanan) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.79 Bukit Kota.
Program anjuran Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peluang melanjutkan pengajian, pendidikan TVET, STEM, bantuan kewangan dan laluan kerjaya.
Penyertaan melibatkan SMK Medamit, SMK Limbang, SMKA Limbang, SMK Seri Patiambun dan SMK Kubong, dengan setiap sekolah menghantar 44 orang peserta.Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) turut mengambil bahagian sebagai institusi pameran dengan mempromosikan program pengajian serta menyediakan khidmat nasihat akademik kepada para pelajar.
Date of Input: 09/07/2026 |
Updated: 09/07/2026 | lanz
MEDIA SHARING