30 PESERTA MENYERTAI PROGRAM KAIGAN DE PLOGGING, IKUZO! DI PANTAI TANJUNG BATU, BINTULU, SARAWAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK sarawak
» NEWS » 30 PESERTA MENYERTAI PROGRAM KAIGAN DE PLOGGING, IKUZO! DI PANTAI TANJUNG BATU, BINTULU, SARAWAK

30 PESERTA MENYERTAI PROGRAM KAIGAN DE PLOGGING, IKUZO! DI PANTAI TANJUNG BATU, BINTULU, SARAWAK

BINTULU, 25 Mei 2024 - Seramai 28 orang pelajar UPMKB dan 2 orang wakil daripada Lembaga Kemajuan Bintulu telah menyertai Program Kaigan De Plogging, Ikuzo! yuang dianjurkan pada 25 Mei 2024 (Sabtu) yang bertempat di Pantai Tanjung Batu, Bintulu Sarawak. Program ini dianjurkan oleh Kelab Kebudayaan Jepun UPMKB dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Bintulu.
 
Program ini dianjurkan bertujuan untuk memberikan sifat kesedaran tentang penjagaan persekitaran alam dengan melakukan aktiviti plogging selaras dengan tema ‘A Step For The Environment’ dan juga bersesuaian dengan Sustainable Development Goals (SDGs) matlamat 3, 14, dan 15. Aktiviti Plogging merupakan aktiviti yang mengabungkan konsep beriadah sambil mengutip sampah di tepi pantai.
 
Ini bermakna, peserta akan beriadah dan mengutip sampah di kawasan Pantai Tanjung Batu. Dalam masa yang sama juga prorgam ini bertujuan dapat menyemai budaya masyarakat Jepun yang mengutamakan disiplin kebersihan alam sekitar dalam diri peserta yang hadir semasa program ini berlangsung.
 
Program ini diteruskan dengan pengisian slot ceramah yang disampaikan oleh Encik Raymond Anak Ngabong, Penolong Pegawai Kesihatatan Persekitaran, Seksyen Sanitasi Alam Sekitar, Lembaga Kemajuan Bintulu. Dalam ceramah beliau, beliau mensyorkan aktiviti sebegini diadakan dengan lebih kerap dan melibatkan lagi komuniti luar untuk menyertai program tersebut.
 
Ini bertujuan untuk menyemai sikap menjaga kebersihan bukan sahaja kepada peserta dari UPMKB malah untuk komuniti luar juga. Beliau juga turut menyatakan bahawa pentingnya memupuk kesedaran kebersihan alam sekitar terutamanya kawasan tumpuan pelancong seperti Pantai Tanjung Batu kerana kawasan tumpuan perlancong.
 
Hal ini kerana kawasan tersebut merupakan destinasi pertama perlancong luar dan akan memberikan tanggapan kawasan tersebut terutamanya dari aspek kebersihan. Program diakhiri dengan ucapan daripada Pengarah Progam Kaigan De Plogging, Ikuzo! iaitu Saudari Michelle Ling Ngerong dan wakil penasihat Dr. Kamillah Binti Abdullah. Program ini berakhir pada jam 12 tengah hari.
 
 
 
 

 

Date of Input: 19/06/2024 | Updated: 19/06/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (02:52:17pm-02:57:17pm, 08 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]