Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) berbangga apabila salah seorang pelajarnya, Muhammad Hud Aqeel Abdullah, pelajar Bacelor Pembangunan Manusia dengan Pengurusan (BSPMP) ,Semester 7, telah terpilih sebagai Youth Delegate mewakili Malaysia dalam ASEAN Youth Summit 2025 dengan tema Next-Gen Disruptors: Driving Inclusivity & Suitability in Digital Age, yang berlangsung pada 3 Disember 2025 di Monash University Malaysia.
Program ini menghimpunkan delegasi belia dari 11 negara ASEAN, bersama penganjur seperti Malaysian Institute for Professionals (MIDP) Youth Institute, KiniEvents, Monash University Malaysia, European Union (EU) Delegation to Malaysia dan Malaysiakini.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh His Excellency Rafael Daerr, Ambassador of the European Union to Malaysia, selepas ucapan pembukaan oleh Premesh Chandran (Malaysiakini) dan Assoc. Prof. Yeoh Seng-Guan (Monash University Malaysia).
Sepanjang sidang kemuncak ini, Aqeel terlibat dalam sesi plenari, perbincangan dasar, pembentangan posisi negara serta dialog belia berkaitan isu inklusiviti, transformasi digital dan kelestarian. Program diteruskan dengan Plenary Session: Building The Next Unicorn: Empowering ASEAN Youth to Drive Economic Growth, diikuti Breakout Sessions, country position presentations, Q&A industri serta penyediaan resolusi bersama delegasi ASEAN.
Sorotan utama termasuk penyertaan dalam Sustainable Energy Roundtable, bersama perkongsian daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), Suruhanjaya Tenaga, dan pakar tenaga. Aqeel turut menghadiri Youth Debate: “The Great Sustainability” mengenai isu Carbon Border Adjustment Mechanism (CBAM) dalam konteks ASEAN.
Majlis melabur tirai dengan award ceremony, persembahan budaya dan sesi networking yang mengukuhkan hubungan serantau antara para delegasi. Penyertaan Aqeel mencerminkan komitmen UPMKB dalam melahirkan pemimpin belia yang progresif, berdaya saing dan bersedia menyumbang kepada pembangunan serantau.
Date of Input: 15/12/2025 |
Updated: 15/12/2025 | lanz
MEDIA SHARING