BENGKEL VOKAL RISING STAR ANJURAN UPM SARAWAK JENTIK MINAT MENYANYI KANAK-KANAK SEKITAR BINTULU | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK sarawak
» NEWS » BENGKEL VOKAL "RISING STAR" ANJURAN UPM SARAWAK JENTIK MINAT MENYANYI KANAK-KANAK SEKITAR BINTULU

BENGKEL VOKAL "RISING STAR" ANJURAN UPM SARAWAK JENTIK MINAT MENYANYI KANAK-KANAK SEKITAR BINTULU

BINTULU – Bengkel Vokal Kanak-Kanak “Rising Star” 2026 anjuran pelajar kursus kokurikulum berkredit QKB2104 Vokal (Semester 2, Sesi Akademik 2025/2026) telah berjaya menarik minat 50 orang kanak-kanak daripada 10 buah sekolah rendah dan 6 buah tadika di sekitar Bintulu.
 
Dengan bimbingan guru vokal jemputan, Puan Sherry Dunstan, para peserta didedahkan dengan pelbagai teknik asas vokal seperti teknik kawalan pernafasan, postur nyanyian, sebutan yang jelas, teknik lontaran suara dan teknik penyampaian lagu dengan ekspresi.
Bengkel vokal kanak-kanak ini memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari teknik vokal yang betul di usia yang muda agar bakat mereka dapat berkembang dengan lebih baik.
 
Para peserta kelihatan ceria dan bersemangat sepanjang bengkel serta sesi latihan berkumpulan dan minat nyanyian yang mendalam dalam kalangan peserta juga terserlah semasa persembahan nyanyian berkumpulan.
 
Di samping menjentik minat dan mengasah bakat nyanyian, bengkel yang berlangsung di Goldenbay Hotel, Bintulu ini juga menyediakan platform bagi kanak-kanak untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi melalui interaksi bersama guru vokal dan meningkatkan keyakinan diri melalui latihan dan persembahan nyanyian berkumpulan.
 
Encik Mohamad Syukri bin Mohamad Adnan, Ketua Pentadbir Pejabat Pengurusan Pelajar UPM Sarawak yang turut hadir bagi menyempurnakan majlis penutupan bengkel ini juga menggalakkan peserta untuk terus menyertai program sebegini dan menyeru kepada para ibu bapa untuk terus menyokong minat anak-anak kerana program sebegini dapat mengasah potensi anak-anak dalam bidang yang mereka minati.
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 30/04/2026 | Updated: 30/04/2026 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (09:57:08pm-10:02:08pm, 12 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]