INNOPRENEUR SARAWAK YOUTH CHALLENGE 2025 CUNGKIL POTENSI BELIA INOVATIF DAN USAHAWAN MUDA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK sarawak
» NEWS » INNOPRENEUR SARAWAK YOUTH CHALLENGE 2025 CUNGKIL POTENSI BELIA INOVATIF DAN USAHAWAN MUDA

INNOPRENEUR SARAWAK YOUTH CHALLENGE 2025 CUNGKIL POTENSI BELIA INOVATIF DAN USAHAWAN MUDA

BINTULU, 18 Oktober — Program INNOpreneur Sarawak Youth Challenge 2025 dengan tema “Sarawak Youth: Powering Innovation, Building Entrepreneurial Powerhouse” telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Suarah Bintulu, sempena sambutan Minggu Belia Sarawak 2025, Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Sarawak (MYSED). Acara yang dianjurkan oleh Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) dengan kerjasama MYSED menghimpunkan belia Sarawak yang berinovasi, pembangun teknologi dan bersemangat keusahawanan.
 
INNOpreneur Sarawak Youth Challenge 2025 bukan sekadar pertandingan, tetapi satu gerakan yang menyemarakkan semangat belia Sarawak untuk menjadi pencetus perubahan dan pemimpin masa depan dalam dunia inovasi dan keusahawanan. Ini selaras dengan aspirasi Post COVID-19 Development Strategy 2030 (PCDS 2030) yang menjadikan belia sebagai tonggak penggerak ke arah negeri maju pada 2030.
 
INNOprenuer Sarawak Youth Challenge 2025 mengetengahkan dua format pertandingan iaitu Pitch-It Challenge dan Innovation Product Challenge. Ini bagi mencungkil bakat pitching dan mempersembahkan idea inovatif dan produk ciptaan belia Sarawak. Perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Ripin Bin Lamat, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak sempena acara Youth Market Place.
 
Turut hadir adalah dif terhormat wakil rakyat dan agensi sekitar Bintulu dan Mukah, Prof. Madya Dr. Mohd. Mursyid Arshad, Pengarah Pusat Kokurikulum UPM, dan Dr. Syeed SaifulAzry Osman Al Edrus, Pengarah Institut Ekosains Borneo, UPM Sarawak. Kehadiran ahli akademik, industry dan orang awam juga memberikan nilai tambah kepada program, sekali gus memperkukuh jaringan antara institusi pendidikan, kerajaan dan sektor swasta dalam menyokong pembangunan belia berasaskan inovasi dan keusahawanan.
 
INNOprenuer Sarawak Youth Challenge 2025 menyaksikan pemenang Pitch-It Challenge Mohammed Hasif bin Aktar di tempat pertama yang menerima RM200, Siti Nurfatin Nadya dengan RM150 di tempat kedua, dan Erinda Andriana Anak Ricky di tempat ketiga yang turut menerima RM100. Tiga pemenang sagu hati Sharmila Shree A/P Sivan, Anisah Sahimi dan Nur Syakirah Mohd Rafiah masing-masing memenangi RM50. Bagi Innovation Product Challenge pula, bagi kategori Sekolah Menengah, tempat pertama dimenangi oleh SMK Sebauh dengan “Smart Rain Sensing Clothesline ” dan menerima RM200, tempat kedua oleh SMK Bintulu dengan produk bernama “CUICEON” (RM100), dan sagu hati kepada Kolej Vokasional dengan “Serunding Rebung” (RM50). Bagi kategori Universiti, Kolej, Agensi dan Industri, tempat pertama disandang oleh ADTEC Bintulu dengan “Portable Chargeover” dan menerima RM200, tempat kedua Logical Structure dengan “MODERA” (RM100), dan sagu hati kepada UPMS dengan “HUSKFUSION” (RM50).
 
Manakala, bagi kategori pelajar QKI2101 menyaksikan produk “Charcoal Cooling Box” memenangi tempat pertama dan menerima RM200, sementara tempat kedua adalah produk “Coco Pot” yang menerima RM100, manakala saguhati bagi produk “Biogrow Plant Ball” (RM50). Juara keseluruhan telah dimenangi oleh ADTEC dengan produk “Portable Chargeover” dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM300.
 
Dianggarkan sekitar lebih dari 400 pengunjung yang hadir dan 70 penyertaan bagi program ini. Program ini juga dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar Kursus QKI 2101 Inovasi dan Rekacipta, Semester 1 Sesi 2025/2026, UPM Sarawak dan Howard Graeme anak Esak selaku Pengarah Program, membuktikan keupayaan dan komitmen tinggi generasi muda dalam menjayakan agenda pembangunan negeri berasaskan inovasi dan keusahawanan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 22/10/2025 | Updated: 22/10/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (02:19:26pm-02:24:26pm, 08 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]