INSPIRASI TANPA BATAS: JOSEPH KANNESAN CEMERLANG TAMAT PENGAJIAN DI UPMS PADA USIA 72 TAHUN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK sarawak
» NEWS » INSPIRASI TANPA BATAS: JOSEPH KANNESAN CEMERLANG TAMAT PENGAJIAN DI UPMS PADA USIA 72 TAHUN

INSPIRASI TANPA BATAS: JOSEPH KANNESAN CEMERLANG TAMAT PENGAJIAN DI UPMS PADA USIA 72 TAHUN

Pada usia 72 tahun, Joseph Kannesan membuktikan bahawa semangat menuntut ilmu tidak mengenal batas usia apabila berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Sains Pertanian (Agronomi) di Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS).
 
Berpengalaman luas sebagai pegawai penyelidik dan perunding agronomi, beliau kini mengetuai pasukan teknikal yang memberi khidmat nasihat kepada petani di dalam dan luar negara. Bagi Joseph, keputusan kembali ke dunia akademik bukan sekadar untuk memperoleh kelayakan, tetapi bagi menyumbang semula kepada pembangunan ilmu dan generasi muda dalam bidang pertanian lestari.
 
Beliau menegaskan bahawa sektor agronomi berdepan pelbagai cabaran seperti perubahan iklim, kekurangan tenaga kerja mahir dan peningkatan kos input pertanian, justeru penyelidikan perlu memberi tumpuan kepada inovasi yang praktikal serta boleh dimanfaatkan oleh petani. Menurutnya, UPMS menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk penyelidikan dan kolaborasi antara pelajar muda dan profesional berpengalaman, menjadikannya platform ideal bagi melahirkan komuniti penyelidik global yang berdedikasi.
 
Sepanjang lebih empat dekad berkecimpung dalam bidang pertanian, Joseph pernah mengetuai projek pembangunan dua kilang pemprosesan getah Standard Malaysian Rubber (SMR) di Papua New Guinea untuk pasaran eksport ke Eropah. Beliau percaya bahawa ilmu tidak pernah berhenti berkembang dan berharap kisahnya menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus menimba ilmu. “Selagi bernafas, selagi itu ilmu harus dicari,” katanya penuh semangat.
 
 
 
 

 

Date of Input: 11/11/2025 | Updated: 11/11/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (02:11:46pm-02:16:46pm, 08 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]