Bintulu, 13 September 2024 - Naib Canselor UPM, Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah telah menyampaikan perkongsian 'Penghayatan Pekerjaan Dalam Melestarikan Blue Print Keterjaminan Makanan UPM' bersama warga UPM Kampus Bintulu (UPMKB) dalam program Jerayawara Naib Canselor UPM ke UPMKB pada hari ini.
Beliau turut bersama-sama melaksanakan solat Jumaat dan menyampaikan Khutbah Jumaat kepada jemaah di Pusat Islam UPMKB. Dalam khutbah yang disampaikan, beliau menekankan bahawa pendidikan holistik dan ilmu pengetahuan seimbang dari sudut intelek, emosi, jasmani dan rohani amat penting dalam melahirkan modal insan berkualiti.
Date of Input: 18/09/2024 |
Updated: 18/09/2024 | lanz
MEDIA SHARING