Program Jerayawara YBhg. Prof. Ir. Dr. Abdul Rahim Abu Talib,Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Universiti Putra Malaysia (UPM) ke Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) telah berlangsung dengan jayanya pada 14 hingga 15 Mei 2026 melibatkan pelbagai sesi strategik bersama pengurusan fakulti dan warga akademik universiti.
Program yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Ruai Seri Meranti itu bertujuan memperkukuhkan hubungan antara pengurusan universiti dan warga akademik selain menjadi platform perbincangan berkaitan tadbir urus akademik, pengantarabangsaan, akreditasi program serta hala tuju strategik universiti.
Antara pengisian utama program termasuk sesi perjumpaan bersama Ahli Pengurusan Fakulti Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH) serta Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains (FKPS) yang melibatkan pembentangan berkaitan akademik dan pembangunan fakulti. Selain itu, turut diadakan sesi perbincangan meja bulat berkaitan Tadbir Urus Akademik dan Antarabangsa serta lawatan fasiliti akademik di sekitar kampus UPMS.
Dalam masa yang sama, sesi perjumpaan tertutup bersama ahli akademik fakulti turut diadakan bagi memberi ruang kepada warga akademik berkongsi pandangan, cadangan dan isu berkaitan akademik secara langsung bersama pihak pengurusan universiti dalam suasana yang konstruktif dan profesional.
Turut hadir dalam program tersebut ialah, En. Mohd. Nazri Md. Yasin, Ketua Pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa); Prof. Dr. Alyani Ismail, Pengarah Pusat Antarabangsa (iPUTRA); Prof. Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria, Pengarah Pusat Jaminan Kualiti (CQA); Prof. Madya Ts. Dr. Wan Zuhainis Saad, Pengarah Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead) serta Prof. Ts. Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain, Timbalan Dekan (Akademik, Kurikulum dan Data), Sekolah Pengajian Siswazah (SGS) yang turut hadir secara atas talian.
Program jerayawara ini diharap dapat memperkukuh kecemerlangan akademik, memperkasakan jaringan pengantarabangsaan serta meningkatkan keberkesanan tadbir urus akademik di Universiti Putra Malaysia Sarawak.
Date of Input: 09/06/2026 |
Updated: 09/06/2026 | lanz
MEDIA SHARING