KARNIVAL KEUSAHAWANAN SEMPENA OUTREACH KPT PERKASA USAHAWAN KOMUNITI LUAR BANDAR | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK sarawak
» NEWS » KARNIVAL KEUSAHAWANAN SEMPENA OUTREACH KPT PERKASA USAHAWAN KOMUNITI LUAR BANDAR

KARNIVAL KEUSAHAWANAN SEMPENA OUTREACH KPT PERKASA USAHAWAN KOMUNITI LUAR BANDAR

BEKENU, 1 Ogos 2026 – Karnival Keusahawanan Sempena Outreach KPT telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Masyarakat Bekenu, Sarawak, dengan menerima sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.
 
Program anjuran Sekretariat Keusahawanan Majlis Perwakilan Kolej Sesi Akademik 2026/2027, Kolej Sri Rajang, Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ini berjaya menghimpunkan usahawan komuniti, vendor serta masyarakat setempat dalam satu platform keusahawanan yang bermakna. Karnival ini turut menerima kehadiran seramai 600 orang pengunjung yang hadir bagi menyokong serta memeriahkan program.
 
Pelbagai gerai yang menawarkan makanan, minuman dan produk tempatan telah disediakan, sekali gus memberi peluang kepada para usahawan untuk memperkenalkan serta memasarkan produk mereka kepada pengunjung.
 
Kehadiran pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat telah mewujudkan suasana karnival yang meriah sepanjang program berlangsung.
 
Turut hadir memeriahkan program ialah YM Dr. Tengku Sharifah Marliza Binti Tengku Azmi, Pengetua Kolej Sri Rajang, Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) serta Puan Azizah Binti Abdul Manaf selaku penasihat program.
 
Penganjuran karnival ini bukan sahaja memberi manfaat kepada usahawan komuniti melalui peluang promosi dan pemasaran, malah turut memberi pengalaman berharga kepada mahasiswa dalam aspek pengurusan program, komunikasi dan kerja berpasukan.
 
Semoga program seperti ini dapat terus menjadi medium penghubung antara universiti dan masyarakat serta menyokong perkembangan ekonomi komuniti setempat.
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 17/08/2026 | Updated: 17/08/2026 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (01:22:18pm-01:27:18pm, 07 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]