Bintulu, 13 Julai - Di sebalik kelancaran Hari Pendaftaran Pelajar Baharu, terserlah nilai kerjasama yang menjadi tunjang kepada kejayaan sesuatu usaha. Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Bintulu Port Holdings Berhad atas sokongan yang diberikan melalui peminjaman kenderaan buggy sepanjang Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Semester Pertama Sesi Akademik 2026/2027.
Kemudahan ini telah memudahkan pergerakan para pelajar baharu, ibu bapa dan waris di sekitar kampus, sekali gus membantu mewujudkan suasana pendaftaran yang lebih lancar, selesa dan teratur. Sokongan yang diberikan bukan sahaja mencerminkan komitmen terhadap kesejahteraan komuniti, malah menjadi bukti bahawa sinergi antara institusi pendidikan dan rakan strategik mampu memberikan impak yang bermakna kepada masyarakat.
Semoga jalinan kerjasama erat antara UPMS dan Bintulu Port Holdings Berhad akan terus diperkukuhkan serta membuka lebih banyak peluang kolaborasi yang memberi manfaat kepada semua pada masa hadapan.
Terima kasih, Bintulu Port Holdings Berhad, atas kepercayaan dan sokongan yang amat bermakna. Bersama-sama, kita mencipta pengalaman yang lebih baik buat warga kampus dan komuniti.





Date of Input: 15/07/2026 | Updated: 15/07/2026 | lanz

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia