KERJASAMA PENGANJURAN PROGRAM PERKASA KOMUNITI @DALAT : PENDIDIKAN L EKONOMI | KESIHATAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK 127
» NEWS » KERJASAMA PENGANJURAN PROGRAM PERKASA KOMUNITI @DALAT : PENDIDIKAN l EKONOMI | KESIHATAN

KERJASAMA PENGANJURAN PROGRAM PERKASA KOMUNITI @DALAT : PENDIDIKAN l EKONOMI | KESIHATAN

Mesyuarat Kerjasama Penganjuran Program Perkasa Komuniti@Dalat – Pendidikan | Ekonomi | Kesihatan telah diadakan pada 30 Januari 2026 bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Dalat. Mesyuarat ini bertujuan membincangkan kerjasama strategik pelbagai pihak dalam menjayakan pelaksanaan program berimpak kepada pembangunan komuniti setempat merangkumi aspek pendidikan, ekonomi dan kesihatan.
 
Mesyuarat kerjasama penganjuran bersama ini telah dihadiri oleh wakil daripada PPD Dalat, PPD Mukah, Pertubuhan Komuniti Satu Hati (JENASENG) Dalat, serta Pengerusi Persatuan Guru Besar Malaysia (Dalat). Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Adrian bin Lang, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Dalat merangkap Ketua Sektor Perancangan, selaku wakil Pegawai Pendidikan Daerah Dalat. Turut hadir ialah rombongan Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPM Sarawak) yang diketuai oleh Tuan Haji Sudirman bin Asmadi, Ketua Pentadbir Pejabat Pengurusan Akademik dan Penyelidikan.
 
Dalam mesyuarat tersebut, pihak-pihak yang terlibat telah bersetuju secara prinsip bahawa tarikh pelaksanaan Program Perkasa Komuniti@Dalat dicadangkan pada 30 April 2026 bertempat di Daerah Dalat. Sehubungan itu, lawatan tapak turut diadakan bagi mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk penganjuran program dengan mengambil kira kapasiti kawasan, aspek keselamatan dan kemudahan sokongan.
 
Program ini dianggarkan akan melibatkan seramai kira-kira 500 orang peserta, merangkumi pelajar sekolah menengah, pelajar sekolah rendah serta komuniti setempat. Antara cadangan pengisian program yang dibincangkan termasuk ceramah pendidikan, pameran pendidikan daripada beberapa Institut Pengajian Tinggi, forum ekonomi desa, pameran dan kursus asas penternakan udang kara dan hidroponik, aktiviti penjanaan pendapatan komuniti, pemeriksaan kesihatan mental pelajar sekolah, pemeriksaan kesihatan umum, kempen derma darah, serta pelbagai aktiviti lain yang bersesuaian dengan keperluan masyarakat setempat.
 
Penganjuran program ini dijangka dapat memperkukuh kerjasama strategik antara institusi pendidikan, agensi kerajaan dan pertubuhan komuniti dalam usaha memperkasa kesejahteraan masyarakat Dalat secara menyeluruh dan mampan.
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 04/02/2026 | Updated: 04/02/2026 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (04:03:20am-04:08:20am, 06 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]