Program "Knowledge Sharing Programme: Laboratory Safety and Risk Assessment – Building a Safe Work Environment" telah berlangsung dengan jayanya secara hibrid pada 14 Oktober 2025 di Smart Putra Classroom, Bangunan Teknologi Maklumat, Tingkat 3, UPMS.
Majlis dirasmikan oleh Dr. Syeed SaifulAzry Osman Al-Edrus dan menampilkan penceramah utama, Ts. ChM. Fera Shima, Pengarah Urusan Quinz Industrial Hygiene Consultancy and Services, dengan ChM. Dr. Alvin Lim Teik Zheng bertindak selaku moderator.
Program ini menerima sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran 38 peserta secara fizikal dan 127 peserta secara dalam talian, melibatkan pelajar serta staf UPMS, wakil industri, dan agensi kerajaan.
Antara topik utama yang dikongsikan termasuk:

Chemical Health Risk Assessment (CHRA) – kaedah mengenal pasti dan mengurus risiko penggunaan bahan kimia di makmal.

Peranan Hygiene Technician dalam memastikan persekitaran kerja yang bersih dan selamat.

Noise Risk Assessment – strategi mengurangkan risiko pendedahan bunyi terhadap kesihatan pekerja.
Program ini menekankan kepentingan budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berterusan, melalui latihan, pematuhan peraturan, dan amalan terbaik di tempat kerja. Ia turut membuka ruang kepada peserta untuk memahami langkah-langkah praktikal dalam membangunkan makmal yang selamat, efisien, dan patuh kepada kehendak undang-undang, sejajar dengan usaha mewujudkan persekitaran kerja yang lestari di universiti dan industri.
Date of Input: 16/10/2025 |
Updated: 16/10/2025 | lanz
MEDIA SHARING