KOVA JUARA BOLA JARING SEMPENA KARNIVAL MUZIK DAN SUKAN EDISI KE-2 (KAMUS 2024) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » KOVA JUARA BOLA JARING SEMPENA KARNIVAL MUZIK DAN SUKAN EDISI KE-2 (KAMUS 2024)

KOVA JUARA BOLA JARING SEMPENA KARNIVAL MUZIK DAN SUKAN EDISI KE-2 (KAMUS 2024)

Bintulu, 12 - 13 Oktober 2024 - Pertandingan Bola Jaring Piala Dato Sri Dr. Stephen Rundi Anak Utom sempena Karnival Muzik dan Sukan 2024 (KAMUS 2024) (Edisi Ke-2) telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Pertandingan yang merupakan anjuran bersama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif & Seni Persembahan Sarawak (MTCP) dan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) dengan kerjasama Bintulu Port Holdings Berhad, Konsortium Universiti Universitas Borneo dan Remix Technologies ini telah diadakan di Kelab Kidurong Bintulu dengan jayanya.
 
Sebanyak 16 kumpulan keseluruhannya telah menyertai pertandingan ini termasuk penyertaan kumpulan daripada Bintulu, Miri, Sibu, Mukah, Kuching dan Universiti Brunei Darussalam (UBD), Brunei Darussalam.
 
Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah Kampus, UPMKB. Antara tetamu kehormat yang turut bersama-sama menyempurnakan majlis berkenaan adalah En Mohammad Thaqif Tong, Pengarah KAMUS 2024 (Edisi Ke-2) dan Pn. Veronica Edmund Dana, Penyelaras Pertandingan Bola Jaring Piala Dato Sri Dr. Stephen Rundi Anak Utom.
 
Keputusan bagi pertandingan berkenaan adalah seperti berikut:
Johan : Kova
Naib Johan : Weasel
Tempat Ketiga Bersama : Sapphire dan Sweet Venom
 
Diharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menyemarakkan semangat kesukanan dalam masyarakat.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 15/10/2024 | Updated: 15/10/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
-
W, (05:36:32am-05:41:32am, 19 Feb 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]