Pada 5 Ogos 2025 yang lalu, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Sekine Co. Ltd dan Japan International Cooperation Agency (JICA).
Kunjungan ini bertujuan untuk mendapatkan input teknikal dan data tinjauan berkaitan industri penternakan babi di Sarawak. Tinjauan yang dijalankan yang menyokong Sustainable Development Goals (SDGs), dengan objektif untuk menilai ketercukupan bekalan daging babi semasa di Sarawak, status kemudahan penternakan babi di Sarawak, kawalan biosekuriti dan langkah pencegahan penyakit yang berkaitan.
Sekine Co. Ltd. merupakan sebuah syarikat dari Jepun yang memberi tumpuan kepada pembangunan sistem biosekuriti dan teknologi pengurusan ternakan moden, khususnya dalam sektor penternakan babi. Antara inovasi utama syarikat ini termasuklah sistem pemisahan najis dan air kencing ternakan, yang seterusnya dijadikan bahan utama dalam penghasilan tenaga biogas sebagai sumber tenaga mampan.
Delegasi tersebut diketuai oleh Presiden Sekine Co. Ltd., Masato Shinozaki, bersama-sama dengan wakil dari JICA dan syarikat, iaitu Yasuhiro Nakai, Tomokatsu Ida, Himawan Marchelio, Ichiro Ichihara, Keisuke Matsuzaki, Satoshi Yokomizo, Yukio Ikeda dan Chiyori Misawa.
Date of Input: 19/08/2025 |
Updated: 19/08/2025 | lanz
MEDIA SHARING