KUNJUNGAN PETRONAS KE UPMKB UNTUK MEMBINCANGKAN ISU JENUT GARAM DI SSGP DAN POTENSI KERJASAMA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK sarawak
» NEWS » KUNJUNGAN PETRONAS KE UPMKB UNTUK MEMBINCANGKAN ISU JENUT GARAM DI SSGP DAN POTENSI KERJASAMA

KUNJUNGAN PETRONAS KE UPMKB UNTUK MEMBINCANGKAN ISU JENUT GARAM DI SSGP DAN POTENSI KERJASAMA

BINTULU, 21 November 2024 – Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) baru-baru ini menerima kunjungan daripada wakil Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS). Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan isu jenut garam yang terdapat di kawasan operasi Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak (SSGP) dan mencari penyelesaian melalui kerjasama dengan pakar-pakar di UPMKB.
 
Sesi perbincangan tersebut dihadiri oleh Encik John Fery Jame, Encik Mohamad Fitri, dan Encik Eric Anderias dari PETRONAS. Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk mendapatkan pandangan serta pengetahuan pakar berkenaan isu jenut garam yang boleh menjejaskan kelancaran operasi SSGP. Diharapkan dengan pengetahuan dan penyelesaian yang diperoleh, operasi SSGP dapat ditingkatkan dengan lebih efisien dan lancar.
 
Selain perbincangan mengenai isu jenut garam, beberapa cadangan lain turut dibangkitkan dalam pertemuan ini. Antara cadangan yang dibincangkan termasuk peluang pendidikan, potensi kerjasama dalam program komuniti, dan pelaksanaan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
 
Pertemuan ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan strategik antara UPMKB dan PETRONAS, di samping menyokong matlamat pembangunan mampan. Kerjasama ini diyakini akan membuka ruang untuk inovasi dalam penyelesaian masalah dan meningkatkan usaha-usaha tanggungjawab sosial korporat di kawasan sekitar.
 
 

 

Date of Input: 26/11/2024 | Updated: 26/11/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (10:10:45pm-10:15:45pm, 13 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]