Pusat Pertanian Putra, UPMKB dengan kerjasama Jepak Jaya Development, Lembaga Kemajuan Bintulu telah menganjurkan Kursus Penanaman Sayuran Menggunakan Teknologi Fertigasi dan Hidroponik pada 11 Mei 2024 (Sabtu), dari 8.00 pagi – 5.00 petang di Pusat Pertanian Putra, UPMKB (Teori dan Amali) kepada penduduk Jepak, Bintulu yang akan berpindah ke kawasan Jepak Jaya, Bintulu.
Dalam kursus ini, peserta didedahkan tentang pengenalan dan konsep terkini dalam fertigasi dan hidroponik, pengeluaran tanaman sayuran menggunakan teknologi sistem fertigasi dan hidroponik serta amali atau praktikal tentang cara untuk set-up kebun fertigasi dan hidroponik serta potensi kedua-dua sistem penanaman sayuran tersebut untuk menjana pendapatan dan meningkatkan sosio-ekonomi peserta.
Kursus ini telah dihadiri oleh 35 orang peserta dari Jepak, Bintulu yang dipilih oleh Encik Muhamad Ali bin Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia, Pegawai Khas Jepak Jaya Development, Lembaga Kemajuan Bintulu.
Kursus Penanaman Sayuran Menggunakan Teknologi Fertigasi dan Hidroponik Untuk Penduduk Jepak ini telah disampaikan oleh Ts. Dr. Muhammad Huzaifah bin Mohd Roslim, Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, UPMKB dan dibantu oleh Encik Dennis Len Gouk, Penolong Pegawai Pertanian, PPP, UPMKB serta Encik Shamsudin Haji Hatim, Pembantu Pertanian Kanan, PPP, UPMKB.








Date of Input: 24/05/2024 | Updated: 24/05/2024 | lanz

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia